awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Malaysia-India berpotensi jadi suara dialog serantau - PM Anwar
Sekurang-kurangnya 20 kanak-kanak Sudan maut pada Januari - UNICEF
Pilihan Raya Datuk Bandar KL: 'Tunggu kajian UIAM' - Kor Ming
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Guru maut, kereta rempuh pembahagi jalan

Noraniza Kamsani
Noraniza Kamsani
10/06/2018
02:45 MYT
Guru maut, kereta rempuh pembahagi jalan
Guru wanita maut selepas selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Nissan Grand Livina dinaikinya merempuh besi pembahagi jalan di Jalan Kuantan-Kemaman dekat Taman Pelindung, di sini, petang Sabtu.
Kejadian jam 5.30 petang itu mengakibatkan mangsa Nurul Arifah Talha, 37, dari Sungai Soi, maut ketika menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA).
Menurut Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Pahang, Superintendan Kamarulzaman Jusoh, kejadian berlaku ketika MPV yang dipandu suami mangsa Mohd Junaidi Othman, 36, dari arah Kemaman, Terengganu menuju ke Kuantan.
"Bagaimanapun, sampai di tempat kejadian, kenderaan berkenaan dikatakan hilang kawalan sebelum terbabas ke sebelah kanan jalan dan melanggar besi pembahagi jalan.
"Akibat pelanggaran itu mangsa yang duduk di sebelah penumpang hadapan parah dan dibawa ke HTAA untuk menerima rawatan sebelum disahkan meninggal dunia pada jam 7.20 malam tadi,” katanya di sini, hari ini.
Katanya, suami dan anak lelaki mangsa Ahmad Dhaifullah Nazir Mohd Junaidi, 4, turut cedera manakala anak perempuan mangsa Nur Damia Adriana, 9, yang duduk di bahagian penumpang belakang tidak mengalami kecederaan.
"Kesemua mangsa yang cedera kini dilaporkan stabil. Jenazah mangsa yang bertugas sebagai guru di Sekolah Kebangsaan Mat Kilau akan diserahkan kepada ahli keluarganya sebaik urusan bedah siasat selesai dilakukan,” katanya.
Katanya, kes ini disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Topic Berkaitan
#guru
#Kuantan
#maut
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan