awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Orang ramai diingatkan tidak lakukan aktiviti berbahaya di Jambatan Angkat - Pihak pengurusan
Tiada laporan diterima berhubung dakwaan buli di Kulim
Bekas PM Bangladesh Sheikh Hasina dihukum penjara 10 tahun kes rasuah projek perumahan kerajaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Guru maut kereta terbabas masuk longkang di lebuh raya PLUS

Sinar Harian
Sinar Harian
29/07/2023
09:52 MYT
Guru maut kereta terbabas masuk longkang di lebuh raya PLUS
Mangsa, Nor Zafirah Abdullah, 33, yang bertugas di Sekolah Kebangsaan Sri Skudai, Johor disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. - Foto JBPM
IPOH: Seorang guru maut selepas kereta dipandu suaminya terbabas di Kilometer 282.7, Lebuh Raya Utara-Selatan arah Selatan dekat Simpang Pulai di sini pada Sabtu.
Nahas sekitar jam 12.30 tengah hari itu, mangsa, Nor Zafirah Abdullah, 33, yang bertugas di Sekolah Kebangsaan Sri Skudai, Johor disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Dalam Kejadian itu, suami mangsa berusia 34 tahun dan anak lelakinya berusia dua tahun dilaporkan cedera ringan.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Simpang Pulai diatur gerakkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan.
"Setibanya di lokasi didapati sebuah kereta jenis Toyota Vios terbabas di bahu jalan dan masuk ke dalam longkang.
"Operasi mengeluarkan mangsa yang tersepit di tempat duduk dijalankan dengan menggunakan peralatan menyelamat," katanya di sini.
Pasukan bomba melakukan operasi mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kereta di Simpang Pulai, Ipoh. - Foto JBPM
Pasukan bomba melakukan operasi mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kereta di Simpang Pulai, Ipoh. - Foto JBPM
Menurut beliau, mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
"Mangsa yang cedera pula dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) menggunakan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS). Operasi tamat pada jam 1.34 petang," katanya. -- Sinar Harian
Topic Berkaitan
#guru wanita maut
#kereta terbabas
#Lebuh Raya PLUS
#simpang pulai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan