awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Guru paling ramai dalam kalangan penjawat awam jadi mangsa scammer di Johor - Polis

Bernama
Bernama
03/10/2023
08:42 MYT
Guru paling ramai dalam kalangan penjawat awam jadi mangsa scammer di Johor - Polis
Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat menyampaikan ucapan pada Program Town Hall Discussion "Ancaman Scammer Masa Kini" di Wisma BSN Johor hari ini. - Foto BERNAMA
JOHOR BAHRU: Guru adalah golongan paling ramai dalam kalangan penjawat awam yang menjadi mangsa sindiket penipuan dalam talian atau scammer di Johor sejak Januari tahun ini hingga bulan lepas, melibatkan kerugian berjumlah RM4.24 juta.
Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata faktor itu dipercayai berikutan terdapat banyak komuniti guru di negeri ini iaitu kira-kira 50,000 orang.
Katanya sebanyak 388 laporan berkaitan penipuan dalam talian diterima di Johor dalam tempoh tersebut melibatkan penjawat awam dengan 117 kes membabitkan guru.
"Scammer tidak memilih mangsa tetapi mungkin kerana ramai komuniti guru di sini. Menerusi town hall yang kita lakukan ini, kita didik, beri penerangan supaya dapat mengelakkan mereka (terus) menjadi mangsa," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Program Town Hall 'Ancaman Scammer Masa Kini' melibatkan 250 guru di Wisma Bank Simpanan Nasional Johor, di sini hari ini.
Bagaimanapun, beliau berkata secara keseluruhan nilai kerugian bagi penipuan dalam talian membabitkan penjawat awam menunjukkan tren penurunan mendadak kepada RM10.02 juta, berbanding RM109.07 juta bagi tempoh sama tahun lepas.
Kamarul Zaman berkata antara jenis sindiket penipuan dalam talian yang kini bergerak aktif adalah Macau scam, scam cinta, pekerjaan, bungkusan dan juga pinjaman dalam talian.
Justeru katanya, pemahaman mengenai bentuk penipuan dalam talian perlu ditingkatkan menerusi pendidikan awam formal yang menyentuh ancaman scammer, termasuk kempen menerusi sekolah, kolej dan tempat kerja.
Beliau turut mengingatkan orang ramai supaya tidak mendedahkan akaun bank kepada pihak atau individu yang tidak dikenali bagi mengelakkan diri menjadi mangsa keldai akaun.
"Elemen yang penting adalah akaun. Akaun ini apabila kita dedahkan kepada orang kita akan ditipu atau pun akaun diberikan kepada orang, kita akan jadi mangsa sebagai 'akaun mule' atau akaun keldai.
"Ia boleh diambil tindakan ditangkap walaupun mangsa tidak melakukan apa-apa kesalahan dan hanya memberikan akaun dia kepada sindiket. Dengan sedikit bayaran pun, menjadi satu kesalahan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Macau Scam
#guru
#polis johor
#penjawat awam
#mangsa sindiket penipuan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan