awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bekas PTD, isteri akan didakwa di Mahkamah Sesyen KL hari ini
UCL: Gol tunggal Caicedo bantu Chelsea tundukkan Pafos
UCL: Liverpool selangkah ke pusingan 16
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Guru, pekerja kantin maut SUV jatuh gaung di Jalan Aring

Bernama
Bernama
05/12/2025
16:34 MYT
Guru, pekerja kantin maut SUV jatuh gaung di Jalan Aring
Sepasang bakal pengantin maut selepas kenderaan utiliti sukan (SUV) yang dinaiki mereka terbabas ke dalam gaung di Kilometer 52 Jalan Kuala Jeneris-Sungai Gawi-Aring (Bukit Kawah), petang tadi. - Foto Sinar Harian
KUALA BERANG: Sepasang bakal pengantin maut selepas kenderaan utiliti sukan (SUV) yang dinaiki mereka terbabas ke dalam gaung di Kilometer 52 Jalan Kuala Jeneris-Sungai Gawi-Aring (Bukit Kawah), di sini petang tadi.
Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu Supt Sharudin Abdul Wahab berkata dalam kejadian kira-kira 5.30 petang itu, mangsa, Hassan Shazali, 52, dari Melor, Kota Bharu dan Suzaimah Che Azis, 34, dari Gua Musang disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
Beliau berkata lelaki itu bertugas sebagai guru di Sekolah Kebangsaan (SK) Lebir, Gua Musang manakala pasangannya bekerja di kantin sekolah yang sama dan mereka dijadual melangsungkan perkahwinan pada 25 Dis ini.
"Polis menerima panggilan daripada orang awam yang memaklumkan terdapat SUV jenis Toyota Fortuner terbabas lalu terjatuh ke dalam gaung sedalam lebih 60 meter.
"Kemalangan dipercayai berlaku ketika mangsa yang dari arah Hulu Terengganu menghala ke Gua Musang telah melalui jalan berkenaan yang ditutup akibat tanah runtuh. Kejadian itu menyebabkan kedua-dua mangsa tercampak keluar dari kenderaan itu," katanya ketika dihubungi Bernama malam ini.
Sharudin berkata mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Hulu Terengganu dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bakal pengantin
#SUV jatuh gaung
#Jalan Aring
#Hulu Terengganu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan