awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Guru, pelajar diberi amaran jangan sertai perhimpunan

Bernama
Bernama
11/01/2013
09:19 MYT
Guru, pelajar diberi amaran jangan sertai perhimpunan
Timbalan Menteri Pelajaran Dr Mohd Puad Zarkashi hari ini memberi amaran kepada guru dan pelajar sekolah supaya tidak menyertai perhimpunan anjuran pembangkang di ibu negara esok.
Menurutnya kementerian tidak mahu golongan pendidik atau pelajar sekolah membawa contoh yang tidak baik, seterusnya menjadi ikutan pelajar lain.
"Guru-guru sudah tentu sedia maklum tentang peraturan dan etika yang digariskan kementerian yang mesti dipatuhi mereka sebagai golongan pendidik, jadi kami nasihatkan mereka supaya tidak mengambil risiko.
"Selain itu, kementerian juga tidak mahu profesion perguruan dicemari apabila mereka menjadi peserta perhimpunan yang ganas dengan menentang pihak berkuasa," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Majlis Perhubungan Zon Senggarang di sini hari ini.
Beliau berkata guru dan pelajar sekolah langsung tidak mempunyai kepentingan untuk terlibat dengan perhimpunan itu kerana ia bermotifkan kepentingan politik inidividu semata-mata.
Puad berkata oleh itu, kementerian tidak akan teragak-agak untuk mengenakan tindakan susulan jika ada di kalangan guru atau pelajar yang ditahan polis dan dihadap ke mahkamah kerana terlibat dengan perhimpunan itu.
Beliau turut menasihati ibu bapa supaya tidak membawa anak-anak mereka yang masih bersekolah menyertai perhimpunan itu.
Topic Berkaitan
#Dr Mohd Puad Zarkashi
#guru
#himpunan kebangkitan rakyat
#pelajar
#Timbalan Menteri Pelajaran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan