awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Guru rugi hampir RM200,000 angkara penipuan dalam talian

Bernama
Bernama
09/09/2025
08:30 MYT
Guru rugi hampir RM200,000 angkara penipuan dalam talian
Mangsa berusia 55 tahun pada mulanya menerima panggilan telefon daripada individu yang mendakwa wakil syarikat insurans, sebelum disambungkan kepada pihak kononnya polis. - Gambar hiasan
KUANTAN: Seorang guru wanita kerugian hampir RM200,000 selepas terpedaya dengan sindiket penipuan dalam talian yang mendakwa beliau terlibat dalam pengubahan wang haram.
Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Ashari Abu Samah berkata mangsa berusia 55 tahun pada mulanya menerima panggilan telefon daripada individu yang mendakwa wakil syarikat insurans, sebelum disambungkan kepada pihak kononnya polis.
Beliau berkata suspek menuduh mangsa terlibat dalam pengubahan wang haram dan mengarahkan mangsa membuat pembayaran "jaminan diri".
"Bermula 14 Feb hingga 7 Sept 2025, mangsa telah membuat 41 transaksi ke dalam 32 akaun berbeza menggunakan wang simpanan sendiri, akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) anak, selain hasil gadaian barang kemas dan penjualan saham," katanya dalam kenyataan hari ini.
Bagaimanapun, Ashari berkata mangsa menyedari dirinya ditipu selepas suspek mengarahkannya memadam semua perbualan serta resit pembayaran.
Beliau berkata, mangsa kemudian membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#penipuan dalam talian
#scam
#guru wanita
#warga emas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan