awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Guru sebak lihat pelajar sujud syukur beramai-ramai tamat SPM

Sinar Harian
Sinar Harian
11/03/2021
01:09 MYT
Guru sebak lihat pelajar sujud syukur beramai-ramai tamat SPM
Pelajar MTD Sungai Besi sujud beramai-ramai selepas selesai menjawab peperiksaan. - Foto Sinar Harian
SHAH ALAM: Tindakan pelajar Maktab Tentera Diraja (MTD), Sungai Besi yang melakukan sujud syukur beramai-ramai selepas selesai menjawab peperiksaan telah menyentuh perasaan guru mereka.
Menurut guru pelajar berkenaan, Hafizi Amran, pelajar di maktab tersebut amat berdisiplin dan sangat menghormati para guru.
“Paling tersentuh bila mereka sujud beramai-ramai bila selesai kertas tadi. Suci murni hati mereka.
“Sebak dan sangat tersentuh. Itulah perasaan bila melihat situasi ini. Pelajar sangat berdisiplin dan hormat kami.
“Senang kami untuk jaga pelajar ini semua. Walaupun kami baharu mengenali, namun rasa sayang dan terhutang budi kepada mereka. Bila pelajar jumpa kami, mereka akan hormat tidak sama dengan kebanyakan murid zaman sekarang,” katanya di halaman Facebook miliknya pada Rabu.
BACA: Guru sebak lihat pelajar sujud syukur beramai-ramai tamat SPM
Tambah Hafizi, pelajar MTD tersebut akan menundukkan kepala dan tekun dalam menjawab peperiksaan sehingga selesai.
Katanya, mereka yang keluar untuk pergi ke tandas boleh dikira bermula hari pertama Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sehingga tamat kertas.
“Kita boleh beza orang yang hormat pada ilmu dengan orang tidak hormat. Cikgu Piji doakan kejayaan kamu semua putera MTD,” ujarnya.
“Ingat pesan cikgu jaga solat dan jaga agama. InsyaAllah kejayaan dan kemanisan akan muncul kelak. Teruskan berdisiplin dan hormat pada semua orang,” katanya.
Topic Berkaitan
#SPM
#pelajar
#sujud syukur
#sebak
#guru
#MTD
#Sungai Besi
#Maktab Tentera Diraja
#peperiksaan
#tersentuh
#solat
#agama
#cikgu sebak
#disiplin
#hormat guru
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan