KUALA LUMPUR:Tidak sampai dua minggu memasuki tahun 2021, sudah ada ura-ura kemungkinan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilaksanakan semula.
Begitupun, semuanya hanyalah khabar angin sehinggalah Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkannya pada jam 6 petang, Isnin.
Pengumuman itu pastinya dinantikan semua orang termasuklah mereka yang bercadang untuk mengadakan majlis perkahwinan dalam masa terdekat.
Sekiranya PKP dilaksanakan, kemungkinan majlis kahwin tidak dibenarkan untuk diadakan dan jika ia dilarang, bagaimana pula dengan akad nikah?
BACA SEMUA BERHUBUNG PKPB DI SINI
Berikut adalah prosedur operasi standard (SOP) akad nikah seperti yang dipaparkan dalam laman web Majlis Keselamatan Negara (MKN):
1). Waktu operasi (akad nikah)
* Tidak melebihi 20 minit atau seperti yang ditetapkan melalui temu janji.
2). Jumlah kehadiran dibenarkan
* Tidak melebihi 30 orang termasuk lima individu dalam rukun nikah dengan penjarakan fizikal 1 meter.
Berikut pula adalah persiapan ketika majlis berlangsung:
1). Persiapan bakal pengantin
• Telah mendapat Kebenaran Berkahwin dari Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN)
• Membuat temu janji
• Hanya membawa mas kahwin dan dokumen berkaitan sahaja
2). Kawalan penularan dan jangkitan
• Mengadakan kaunter memeriksa suhu badan, sanitasi tangan;
• Daftar kehadiran menggunakan aplikasi MySejahtera atau direkodkan di dalam buku kehadiran;
• Hanya mereka yang tidak bergejala, bukan kontak rapat kes positif dan bukan dari Kawasan PKPD atau Zon Merah dibenarkan hadir;
• Sentiasa memakai pelitup muka; dan
• Bersalaman dan berpelukan tidak dibenarkan.
3). Lokasi majlis
• Pengurusan JAIN hendaklah menentukan tempat yang bersesuaian dengan bilangan yang hadir dan membuat penandaan jarak sekurang- kurangnya 1 meter.
4). Fotografi
• Aktiviti fotografi adalah dibenarkan semasa majlis pernikahan sahaja; dan
• Jurufoto tidak termasuk dalam 30 orang jemputan tetapi tertakluk kepada pematuhan SOP yang telah ditetapkan
5). Jamuan
• Aktiviti jamuan makan tidak dibenarkan.
Demikian SOP majlis akad nikah dalam kawasan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) seperti diumumkan MKN, dijangka sama juga untuk kawasan yang akan dikenakan PKP.
Kesimpulannya, tidak kiralah apa dilakukan, semua pihak harus menjaga diri dan mematuhi SOP ditetapakan agar dapat sama-sama memerangi COVID-19.
Ridauddin Daud
Mon Jan 11 2021

SOP majlis akad nikah dalam kawasan dikenakan PKPB seperti diumumkan MKN, dijangka sama juga untuk kawasan yang akan dikenakan PKP. - Gambar fail

Jiwa Murni | Kementerian Pertahanan peruntuk RM10 juta untuk Projek Jiwa Murni
Kementerian Pertahanan memperuntukkan RM10 juta untuk membina dan membaik pulih kemudahan awam termasuk membina 50 unit rumah di seluruh negara melalui Projek Jiwa Murni Tentera Darat Malaysia, kata Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Sumbangan | Wanita mohon sumbangan mesin oksigen
Seorang wanita yang menghidap pelbagai penyakit kronik serta tidak mampu berjalan rayu sumbangan mesin oksigen. Sahdiya Jubail, 39, memiliki masalah pernafasan yang teruk, sakit buah pinggang, kencing manis dan jantung.

Seludup Ketum | Lima lelaki warga Thailand ditahan
Lima lelaki warga Thailand ditahan ketika cuba menyeludup keluar 355.5 tan daun ketum ke Thailand. Cubaan itu berjaya dipatahkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di satu laluan tikus di Padang Terap, pada 9.30 malam Sabtu.

Lawatan PM | Pintu Kaabah dibuka untuk Perdana Menteri
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin yassin diberi penghormatan untuk memasuki Kaabah ketika menunaikan ibadah Umrah. Pintu Kaabah dibuka untuk Muhyiddin bersama isteri Puan Sri Noorainee Abdul Rahman serta beberapa tetamu lain.

PAS | Muktamar PAS diadakan selepas PRU-15
Datuk Seri Takiyuddin Hassan memaklumkan PAS akan tangguhkan Muktamarnya yang ke 67. Jelas beliau penangguhan muktamar termasuk pemilihan diputuskan bagi memberi tumpuan kepada perihal pilihan raya.

PAS | Komited satukan parti Melayu Islam
PAS akan terus pujuk UMNO untuk kekal kerjasama dengan BERSATU. Kata Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, parti itu masih mahu meneruskan komitmen yang dipersetujui sebelum ini.

AWANI Ringkas: Tiada hukuman jika enggan disuntik vaksin

8 kesalahan ketika menggunakan 'air fryer' yang ramai tak tahu
Sama seperti perkakasan dapur yang lain, penggunaan yang betul boleh memanjangkan hayat fungsinya dan memberi hasil masakan yang terbaik.

Kesalingbergantungan antara politik dan ekonomi
Situasi ini cukup memperlihatkan bahawa majoriti dua pertiga amat perlu bagi menjamin kestabilan politik negara

Pas tangguh muktamar selepas PRU15
Penangguhan muktamar termasuk pemilihan diputuskan dalam mesyuarat pimpinan Pas bagi menumpukan soal pilihan raya.

Pasangan pengantin dan 17 rakan ditahan, kompaun langgar PKP
Asyik merakam gambar kenangan secara berkumpulan berhampiran sebatang sungai, 19 individu termasuk satu pasangan pengantin ditahan polis dan dikenakan kompaun, Rabu lepas.

Pasangan ada kebenaran awal dibenar nikah sepanjang PKP - JAIM
Pasangan yang mendapat kebenaran berkahwin daripada Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) di negeri itu sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan dibenar bernikah sepanjang tempoh PKP.

Akad nikah dalam air pasang besar, walau mencabar tetap diteruskan!
Semoga pasangan ini dilimpahi rezeki, kesihatan, kebahagiaan dan rukun damai selalu!

Gusar walimatulurus terpaksa batal? Ini SOP nikah di kawasan PKPB
Tidak sampai dua minggu memasuki tahun 2021, sudah ada ura-ura kemungkinan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilaksanakan semula.

Mayat kedua kes lemas di pantai di Marang ditemui
Mayat Wan Nashaifudin Wan Latif, 48, ditemui terapung oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) kira-kira jam 6.30 petang.

Mayat Naim Hariri ditemukan
Jenazah Naim Hariri dibawa naik pada jam 10.10 pagi tadi.

Pelamin tanpa pengantin, resepsi kahwin bertukar jadi majlis doa selamat
Fatin Nabilah Huda Ismail bersama tunangnya, Naim Hariri Kamaruddin sepatutnya disatukan hari ini, namun takdir menentukan sebaliknya.

Bakal pengantin dikhuatiri lemas ditarik ombak Pantai Kelulut
Menurut bapa bakal pengantin perempuan, majlis akad nikah anak perempuannya bersama mangsa dijadual berlangsung pada jam 10 pagi ini.

Banjir: Bakal pengantin 'berendam' air mata
Banjir yang melanda menyebabkan seorang bakal pengantin terpaksa berputih mata apabila beberapa kelengkapan penting seperti pelamin dan set bilik tidur dinaiki air separas hampir satu meter.

COVID-19: Pengantin, rombongan mahu ke Pahang boleh dengan syarat...
Setiap bakal pengantin dan rombongan yang datang dari luar Pahang perlu mengemukakan keputusan ujian RTK-Ag COVID-19 yang dibuat dalam tempoh 72 jam sebelum akad nikah.