awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Gangguan bekalan air berpanjangan jejas lebih 10,000 pengguna di Labuan
Senator AS usul rang undang-undang halang Trump rampas Greenland
Bayi tiga bulan patah tulang paha disyaki didera pengasuh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hadi tidak perlu ke Timur Tengah kecuali atas arahan PM

Vivi Sumanti
Vivi Sumanti
12/04/2020
12:12 MYT
Hadi tidak perlu ke Timur Tengah kecuali atas arahan PM
Abdul Hadi mungkin akan ditempatkan di Jabatan Perdana Menteri. - Gambar fail
Pelantikan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai Duta Khas Perdana Menteri ke Timur Tengah tidak semestinya beliau perlu berada di negara terbabit.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Parlimen) Datuk Takiyuddin Hassan berkata, jawatan yang disandang itu tidak sama dengan duta luar negara.
"Jawatan yang disandang Presiden Pas adalah duta khas kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
"Jadi beliau akan beroperasi mengikut yang ditetapkan oleh Perdana Menteri dan pada pandangan saya, apabila ada perkara di Timur Tengah beliau (Hadi) akan diarahkan ke sana.
BACA: Hadi Awang dilantik duta khas bertaraf menteri
"Hadi mungkin akan ditempatkan di Jabatan Perdana Menteri," katanya kepada media ketika ditemui di Kompleks Kota Darulnaim, Kota Bharu, hari ini.
Dalam perkembangan lain beliau berkata, semua anggota parlimen kerajaan akan dilantik mempengerusikan agensi dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC).
Katanya, setakat ini sudah sembilan daripada 18 Ahli Parlimen (MP) Pas sudah dilantik menjawat jawatan penting.
"MP Pas ada 18 orang, lapan orang dah jadi menteri dan timbalan menteri, seorang jadi duta khas Perdana Menteri ke Timur Tengah.
"Tinggal sembilan orang lagi, Alhamdulillah saya difahamkan semua MP kerajaan akan diberikan tanggungjawab mengendalikan GLC," katanya ketika diminta mengulas pelantikan pimpinan PAS ke agensi kerajaan Persekutuan.
Terdahulu, beliau mempengerusikan mesyuarat pengagihan peruntukan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat kepada ahli-ahli Parlimen negeri Kelantan.
Takiyuddin yang juga Ahli Parlimen Kota Bharu berkata, setiap jawatan bergantung kepada undang-undang mengikut kementerian masing-masing.
Katanya, ada agensi atau GLC yang mana pengerusinya dilantik oleh Yang Di-Pertuan Agong dan ada lantikan yang dibuat oleh menteri berkaitan.
"Tapi untuk penyelarasan, semua cadangan lantikan pengerusi GLC mesti mendapat persetujuan daripada perdana menteri," katanya.
Topic Berkaitan
#Abdul Hadi Awang
#Duta Khas Perdana Menteri ke Timur Tengah
#Muhyiddin Yassin
#Perdana Menteri
#Presiden Pas
#Takiyuddin Hassan
#Timur Tengah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan