awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hadiah Deepavali buat pekebun bebas tuduhan bunuh ibu saudara

Bernama
Bernama
05/11/2024
14:56 MYT
Hadiah Deepavali buat pekebun bebas tuduhan bunuh ibu saudara
Gobinathan (tengah) bertemu peguamnya selepas mahkamah melepaskan dan membebaskannya daripada pertuduhan membunuh ibu saudaranya, empat tahun lalu. - Gambar Sinar Harian
SEREMBAN: Seorang pekebun yang dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini atas pertuduhan membunuh ibu saudaranya menyifatkan keputusan itu sebagai hadiah Deepavali.
G.Gobinathan, 48, turut bersyukur selain meluahkan kelegaan dan gembira kerana dapat berjumpa ibunya yang sudah tua.
"Selepas ini, saya akan balik jumpa mak berusia 75 tahun di Bandar Sri Jempol, dia tahu hari ini keputusan mahkamah tetapi tak dapat datang dan keputusan saya dibebaskan belum diketahuinya, saya nak terus jumpa beritahu berita gembira ini," katanya ketika ditemui pemberita selepas keputusan itu.
Terdahulu, Hakim Datuk Rohani Ismail membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap Gobinathan di akhir kes pendakwaan.
"Selepas membuat penilaian yang menyeluruh, saya memutuskan pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie. Oleh itu, tertuduh dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan tersebut tanpa perlu dipanggil membela diri," katanya.
Mengikut pertuduhan, Gobinathan didakwa membunuh A. Nirmala, 54, di sebuah rumah di kampung di Ayer Hitam, Jempol dekat sini antara 7.30 malam hingga 3.30 pagi pada 3 hingga 4 Mac 2021, mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Khairunnisa Hazwani Omar manakala tertuduh diwakili peguam Haresh Mahadevan dan Ramzani Idris.
Sebanyak 13 saksi dipanggil memberi keterangan sepanjang perbicaraan yang bermula 20 Nov 2023.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Deepavali
#Mahkamah Tinggi
#Seksyen 302 Kanun Keseksaan
#hukuman mati
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan