awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM akan panggil beberapa individu bantu siasatan kes dana zakat
Lima termasuk kanak‑kanak cedera dalam insiden tembakan ketika perarakan Mardi Gras di Louisiana
Terbuka Australia: Rybakina muncul juara, julang gelaran grand slam kedua
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Haji: Arab Saudi masih belum keluar kenyataan rasmi - Zulkifli

Astro Awani
Astro Awani
02/03/2021
04:38 MYT
Haji: Arab Saudi masih belum keluar kenyataan rasmi - Zulkifli
ZULKIFLI: Bakal-bakal haji juga perlu menjaga kesihatan diri dengan menjaga pemakanan dan lakukan senaman kerana ibadat haji menuntut kekuatan fizikal dan mental. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Walaupun menerima kira-kira 100,000 jemaah umrah semenjak 1 Nov lalu, Kerajaan Arab Saudi sehingga kini masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi tentang musim haji tahun ini.
Bagaimanapun, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri berkata, Malaysia perlu bersedia menghadapi sebarang kemungkinan.
Katanya, bakal jemaah haji Malaysia juga digalakkan membuat persiapan, termasuk dengan mengikuti kursus haji yang dianjurkan Lembaga Tabung Haji (TH).
"Walaupun masih belum mendapat pengesahan tentang ibadat haji tahun ini, kita perlu bersedia dengan segala kemungkinan.
"Oleh itu saya menasihati semua bakal haji untuk mengikuti kursus asas haji mingguan yang sedang dianjurkan oleh TH secara dalam talian," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau juga menasihatkan bakal-bakal haji supaya menjaga kesihatan diri dengan menjaga pemakanan dan melakukan senaman kerana ibadat haji menuntut kekuatan fizikal dan mental.
"Tahun lepas, ibadat haji telah ditangguhkan akibat pandemik COVID-19 yang melanda negara dan seluruh dunia.
"Marilah kita terus berdoa agar wabak ini pulih sepenuhnya dan kita dapat menjadi tetamu Allah di tanah suci semula," kata Zulkifli.
Topic Berkaitan
#Tabung Haji
#Arab Saudi
#COVID-19
#Malaysia
#pandemik
#umrah
#Haji
#kerajaan
#kesihatan
#ibadat haji
#pengesahan
#kenyataan rasmi
#dalam talian
#kursus haji
#Lembaga Tabung Haji
#TH
#persiapan
#senaman
#pemakanan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan