Jemaah-jemaah haji Malaysia dinasihati membuat persiapan rapi serta mengutamakan aspek keselamatan dan kesihatan diri mereka sepanjang berada di Tanah Suci bagi menunaikan rukun Islam kelima itu.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata setiap jemaah hendaklah memastikan kesihatan diri mereka dalam keadaan baik sepanjang menunaikan ibadah itu.
"Mereka perlu memastikan tidak terbabit dengan sebarang aktiviti yang boleh membahayakan diri atau menyebabkan kemalangan supaya dapat pulang ke pangkuan keluarga dalam keadaan sihat dan selamat.
"Semua jemaah juga diharap dapat mematuhi arahan pihak pengurusan Lembaga Tabung Haji (TH) dan sentiasalah berhubung dengannya jika mempunyai sebarang permasalahan semasa berada di Tanah Suci," kata beliau semasa merasmikan Kursus Perdana Haji Musim 1438H/2017 Peringkat Wilayah Persekutuan yang disertai 1,850 jemaah haji di sini, malam tadi.
Kursus dua hari itu, yang diadakan secara berperingkat di 17 lokasi di seluruh negara bermula semalam hingga 16 Julai ini, merupakan kursus terakhir anjuran TH dalam usaha meningkatkan pengetahuan jemaah haji berkaitan ibadah haji.
Seramai 30,200 jemaah haji dari seluruh negara bakal mengerjakan ibadah itu tahun ini dengan penerbangan pertama dijadual berlepas ke Tanah Suci pada 24 Julai ini.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jul 09 2017
JAMIL KHIR: Jemaah haji perlu memastikan tidak terbabit dengan sebarang aktiviti yang boleh membahayakan diri atau menyebabkan kemalangan. - Gambar fail
IPT di negara ini sedia kuasa AI sepenuhnya
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
Pesaka sasar tujuh pingat emas di Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024
Pesaka meletakkan sasaran tujuh emas sama seperti edisi lepas bagi kontinjen pesilat negara yang akan membawa cabaran ke Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024 di Abu Dhabi.
300 stesen pengecasan EV akan ditambah dalam tempoh dua tahun - Ab Rauf
Kerajaan Melaka cadang tambah hingga 300 stesen pengecas kenderaan elektrik (EV) dalam tempoh dua tahun akan datang, kata Ketua Menteri Ab Rauf Yusoh.
Tumpuan Sabtu – 14 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
IPT di negara ini sedia sepenuhnya kuasai AI
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih wifi di tiga IPTA
Sebanyak RM13.7 juta telah diperuntuk bagi meningkatkan akses internet di tiga universiti awam iaitu Universiti Malaya, Universiti Sains Islam Malaysia dan Universiti Malaysia Perlis.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
MAHB beri peruntukkan RM1.4 juta untuk bantu mangsa banjir
Menerusi kenyataan media oleh MAHB pada jumaat, setakat ini, usaha bantuan ditumpukan di kawasan sekitar tiga lapangan terbang iaitu Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di Alor Setar, Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Kota Bharu dan Lapangan Terbang Sultan Mahmud di Kuala Terengganu.
Tujuh suspek kes curi kabel, cuba langgar polis ditahan
Tujuh suspek disyaki dalang kes curi kabel di Jalan Lang Hitam, dekat Manjalara, Kepong di sini pada 4 Disember lalu ditahan dalam beberapa siri serbuan sekitar Kuala Lumpur serta Selangor.
Kes Bayi Beku: Polis akan rakam keterangan pihak hospital terlibat
Polis akan memanggil pihak hospital yang terlibat untuk dirakam keterangan berhubung kejadian tular membabitkan jenazah bayi disimpan dalam peti sejuk mayat di Klang baru-baru ini.
Terserah kepada polis buat siasatan ke atas Zamihan - Jamil Khir
Datuk Seri Jamil Khir Baharom menyerahkan kepada polis untuk membuat siasatan terhadap pegawai kader Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Dr Zamihan Mat Zin.
Haji: Jemaah diminta utamakan keselamatan, kesihatan
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata setiap jemaah hendaklah memastikan kesihatan diri mereka dalam keadaan baik sepanjang menunaikan ibadah itu.
KL-Riyadh tingkatkan kerjasama bendung keganasan, ajaran sesat - Jamil Khir
Kerjasama Kuala Lumpur-Riyadh bakal dipertingkatkan lagi dalam membendung penyelewengan agama yang menjurus kepada aktiviti keganasan dan ajaran sesat.
Pensijilan Jakim bolehkan farmaseutikal halal berkembang di dalam dan luar negara
Pensijilan baharu bagi ubat terkawal/preskriptif yang dibangunkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan membolehkan Farmaseutikal Halal berkembang di dalam dan luar negara.
Majlis fatwa putuskan sentuh anjing bertentangan dengan mazhab Shafie
Muzakarah Fatwa Kebangsaan hari ini memutuskan isu segelintir umat Islam menyentuh dan memegang anjing adalah bertentangan dengan fahaman majoriti umat Islam yang berpegang kepada mazhab Imam Shafie.
Yakini keputusan JAKIM - Jamil Khir
Umat Islam di negara ini disaran agar meyakini keputusan yang diumumkan JAKIM berhubung status halal coklat Cadbury.
Zahid: Henti kritikan terhadap Ustaz Kazim
Zahid berkata semua pihak juga perlu menghormati keputusan Ustaz Kazim untuk terus menjadi pendakwah bebas.
Taksub hak asasi undang kepincangan masyarakat
Ketaksuban kepada hak asasi manusia secara membuta tuli akan mengundang kepincangan dalam kalangan masyarakat dan negara.
'Jakim cadang bekal senjata api untuk pegawai penguatkuasa'
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) telah mencadangkan untuk membekalkan senjata api kepada pegawai penguatkuasa jabatan agama ketika mereka bertugas.
Jamil Khir: MABIMS boleh jadi benteng hadapi serangan pemikiran
Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata selain isu liberalisme dan pluralisme umat Islam Nusantara turut berdepan serangan pemikiran yang boleh membawa perpecahan.