KOTA BHARU: Kerajaan Arab Saudi belum mengeluarkan kuota untuk rakyat Malaysia bagi musim haji tahun ini.
Menurut Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Ahmad Marzuk Shaary, kuota jemaah dijangka berkurangan berbanding 42,000 orang sebelum ini.
“Pihak Tabung Haji telah membuat persiapan awal dengan mengenal pasti nama-nama diutamakan berdasarkan penilaian dan juga faktor kesihatan, tetapi jumlah kuota terkini belum diumumkan oleh kerajaan Arab Saudi.
“Kita belum dapat lagi tetapi akan penuhi syarat nanti terutama dari segi suntikan vaksin.
"Kita sudah bersedia dan KKM juga sudah peruntukkan sebahagian vaksin untuk jemaah haji,” katanya.
Jelasnya lagi, proses vaksinasi terhadap bakal jemaah akan dimulakan sejurus selepas mendapat maklum balas daripada kerajaan Arab Saudi.
Beliau pada masa sama menaruh keyakinan ibadat haji dapat dilaksanakan tahun ini kepada jemaah yang terpilih.
Keputusan kuota jemaah haji juga dijangka akan diketahui dalam masa terdekat.
Muhafandi Muhamad
Mon May 03 2021

AHMAD MARZUK: Kita belum dapat lagi tetapi akan penuhi syarat nanti terutama dari segi suntikan vaksin. -Gambar fail/Bernama

Isu UMNO buka peluang kepada PN depani PRN - Azmin
Perikatan Nasional (PN) tidak menolak kemungkinan isu yang sedang didepani UMNO ketika ini membuka lebih peluang buat gabungan itu untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam buah negeri nanti.

Projek Sakit | KPKT teliti lebih 500 projek rumah swasta terbengkalai
Kementerian Pembangunan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) sedang meneliti lebih 500 projek perumahan swasta yang dikenal pasti sebagai projek 'sakit' dan terbengkalai di seluruh negara.

10 Berita Pilihan - (28 Januari 2023)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Khairy Pecat | TMJ mungkin tawar jawatan kepada KJ
Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim membayangkan kemungkinan menawarkan jawatan Ketua Pegawai Eksekutif JDT FC dan Penasihat Orang Muda Johor kepada Khairy Jamaluddin. Perkara itu dinyatakan oleh pemilik kelab bola sepak JDT itu menerusi satu hantaran di Facebook rasmi HRH Crown Prince Of Johor, malam tadi.

Politik | Pemecatan dan penggantungan pemimpin UMNO ada kecacatan - Ismail Sabri
Terdapat kecatatan dalam proses pemecatan dan penggantungan beberapa pemimpin UMNO, kata Naib Presiden parti itu, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 28 Januari 2023.

Amaran hujan sangat lebat berterusan tahap bahaya di Pahang, Johor hingga Isnin
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan sangat lebat berterusan tahap bahaya di Pahang dan Johor sehingga Isnin ini (30 Jan).

Elak kongsi maklumat operasi SJR di aplikasi Waze - Polis
Polis Kuala Lumpur menasihatkan orang ramai untuk tidak berkongsi maklumat operasi sekatan jalan raya (SJR) dilaksanakan pasukan itu menerusi aplikasi Waze.

Pembersihan UMNO | Ini bukan pengakhiran, hanya permulaan - Hishammuddin
Bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menegaskan penggantungannya selama enam tahun daripada UMNO bukan lah satu pengakhiran. Sebaliknya, ahli Parlimen Sembrong itu dalam satu rakaman video memberi bayangan bahawa ia satu permulaan baharu. Beliau menambah, perbincangan akan dilakukan dengan kepimpinan UMNO Sembrong bagi melihat langkah seterusnya, hala tuju serta tindakan susulan penggantungan tersebut.

Serangan Tehran | Segera bawa ke muka pengadilan
Malaysia menggesa agar pelaku serangan bersenjata di Kedutaan Republik Azerbaijan di Tehran pada 27 Januari segera dibawa ke muka pengadilan.

Tabung Haji rugi RM1.961 juta angkara scam - Rais
Lembaga Tabung Haji (TH) mengalami kerugian sebanyak RM1.961 juta akibat aktiviti penipuan dalam talian (scam).

TH masih beri bantuan kewangan secara bersasar kepada jemaah haji Malaysia
TH masih biaya sebahagian kos jemaah Malaysia yang menunaikan ibadah haji buat pertama kali secara Muassasah.

TH pajak bangunan, kekalkan harga sewaan
Syed Saleh berkata, institusi itu juga mengambil langkah ke depan dengan memeterai perjanjian jangka panjang dengan syarikat-syarikat penerbangan susulan kenaikan kos.

Tabung Haji diiktiraf pembimbing haji terbaik dunia Islam
Pengiktirafan itu diterima pada Persidangan Perkhidmatan Haji dan Umrah 2023 di Jeddah, Arab Saudi.

Malaysia mohon Arab Saudi maklum kos urusan haji lebih awal
Malaysia memohon Arab Saudi supaya memaklumkan lebih awal kos-kos melibatkan urusan haji di Tanah Suci pada tahun ini bagi memastikan pengurusan jemaah haji Malaysia kekal terbaik.

Tular: TH nasihat jangan percaya berita palsu surat tawaran haji
TH menasihatkan orang ramai untuk tidak mempercayai, berita tular di media sosial mengenai tarikh pengeluaran surat tawaran haji, rayuan haji dan syarat kelayakan bakal haji.

Ahli ekonomi unjur dividen TH 2.75 hingga 3.10 peratus tahun ini
Pakar ekonomi menjangkakan Lembaga Tabung Haji (TH) mengisytiharkan dividen dalam lingkungan 2.75 peratus hingga 3.10 peratus tahun ini.

Tabung Haji yakin raih keuntungan kompetitif tahun ini meskipun berdepan cabaran
TH atur strategi untuk mengoptimumkan profil pulangan risikonya bagi menjana pulangan yang kukuh dan stabil.

Kursus Asas Haji 1444H di 201 masjid seluruh negara bermula hari ini
Lembaga Tabung Haji (TH) menganjurkan Kursus Asas Haji (KAH) 1444H/2023M bagi bakal haji di 201 masjid seluruh negara bermula hari ini hingga 17 Feb 2023.

Tekanan kos haji meningkat, wakaf mungkin jawapannya
Ia sekali gus dapat membantu golongan berpendapatan rendah merealisasikan impian menunaikan Rukun Islam kelima itu.