BUKIT GANTANG: Penerbangan pertama jemaah haji Malaysia ke Mekah dijadualkan pada 31 Mei ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Datuk Idris Ahmad.
Beliau berkata segala persiapan bagi urusan tersebut berjalan lancar dan pihaknya sedang menunggu jemaah menjawab surat tawaran yang dihantar Lembaga Tabung Haji (TH) pada 24 April lepas.
"Jemaah yang menerima tawaran itu hendaklah membuat persiapan seperti menyediakan pasport antarabangsa, lengkap vaksin dan mempunyai kesihatan yang baik," katanya dalam sidang media pada Rumah Terbuka Sempena Hari Raya Aidilfitri 2022 di Kampung Sungai Petai hari ini.
Dilaporkan kuota jemaah haji Malaysia adalah seramai 14,306 orang tahun ini.
Idris berkata jumlah jemaah yang akan menyertai penerbangan pertama dan terakhir sedang dibuat penjadualan semula oleh TH dan beliau menyerahkan perkara itu kepada kebijaksanaan agensi tersebut untuk menguruskannya.
"Pihak TH sedang menunggu mungkin ada jemaah yang menolak tawaran dan TH akan memberikan keutamaan kepada jemaah yang lain," katanya dan menambah pengurusan haji tahun ini agak mencabar namun yakin TH mempunyai pengalaman dan keupayaan untuk mengendalikannya.
Mengenai rayuan kuota haji, Idris berkata beliau akan membawa surat rayuan daripada Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk diserahkan kepada Raja Salman Abdulaziz dalam masa terdekat.
Selain itu, Idris berkata pihaknya menyerahkan kepada pihak berkuasa agama untuk membuat siasatan mengenai kes tokoh agama didakwa berjoget di kelab malam.
"Saya tidak berani komen kerana benda itu tak pasti. Biar pihak berkuasa siasat," katanya ketika diminta pemberita mengulas klip video yang kononnya memaparkan seorang tokoh agama dan penasihat sultan sedang berhibur di sebuah kelab malam.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 05 2022
Jumlah jemaah yang akan menyertai penerbangan pertama dan terakhir sedang dibuat penjadualan semula oleh TH.- Gambar hiasan/BERNAMA
Keupayaan merancang, melaksanakan reformasi dasar negara
Bagaimana dinamika ekonomi, sosial dan budaya semasa dalam mempengaruhi pembangunan dan transformasi negara seperti Malaysia? Kupasa bersama Ketua Ekonomi Buruh, Kementerian Sumber Manusia dan Emiratis, UAE, Prof Madya Dr. Mohd Yusof Saari.
OPR: Pengaruh keputusan bank pusat Asia lain
Pakar Ekonomi, Prof Emeritus Dr Barjoyai Bardai berkongsi pandangan berkenaan unjuran kadar dasar semalaman (OPR) yang dijadualkan pada 8-9 Mei 2024.
AWANI Ringkas: Goldman Sachs selesai membayar penalti AS$2.9 bilion
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Perdana Menteri akan bertemu Petronas untuk bincang mengenai projek di Pengerang
Beliau berkata terdapat satu lagi aspek yang perlu dibincangkan berhubung komitmen Saudi Aramco memperluas fasiliti di Pengerang.
KPDN Melaka tumpaskan sindiket seleweng diesel bersubsidi
Serbuan dibuat hasil pemantauan intensif anggotanya di lokasi 'panas' aktiviti penyeludupan dan pemindahan bahan api itu ke luar Melaka.
“Arwah Hail Amir mesra orangnya, mudah berkawan” - Chuari Selamat
Suatu hal yang istimewa mengenai Hail Amir ialah beliau tidak pernah sesekali lupa menghargai komposer dan penulis lirik, kata Chuari.
Ayat 'jika PH ditakdirkan menang' bayangkan moral dan semangat PN runtuh - Fahmi
Katanya, ayat berkenaan juga seolah-olah membayangkan bahawa PN sedia mengaku kalah pada PRK DUN Kuala Kubu Baharu, Sabtu ini.
HSBC yakin Malaysia tidak mungkin ikut langkah Indonesia, Filipina naikkan kadar faedah
Bank Negara Malaysia (BNM) tidak mungkin mengikuti rakan bank pusat di Indonesia dan Filipina dalam menaikkan kadar faedah apabila jawatankuasa dasar monetarinya bermesyuarat minggu ini, kata HSBC.
Jualan Proton meningkat 17 peratus pada bulan lalu
Pengeluar kereta nasional itu berkata jualan bagi empat bulan pertama tahun ini turut meningkat kukuh kepada 50,175 unit berbanding 49,702 unit yang dijual dalam tempoh yang sama tahun lalu, katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Harga koko tinggi berpotensi beri pulangan besar kepada lebih 5,000 pekebun kecil koko - Johari Ghani
Kerajaan akan menyalurkan peruntukan RM9.5 juta untuk pelaksanaan projek penanaman koko dan pemulihan ladang koko. Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, penanaman koko baharu akan meliputi kawasan seluas 350 hektar manakala projek pemulihan ladang koko akan merangkumi kawasan seluas 2,126 hektar.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Konflik Iran-Israel: Kerajaan utamakan keselamatan jemaah haji - Mohd Na'im
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na'im Mokhtar menjelaskan, keselamatan dan kebajikan jemaah haji menjadi keutamaan kerajaan dan TH.
Peningkatan kos haji disebabkan beberapa faktor - Zulkifli
Kenaikan kos haji kali ini adalah wajar dan masih berpatutan berikutan kos ditanggung oleh Lembaga Tabung Haji (TH) semakin bertambah.
Badal haji: Mangsa penipuan dinasihat lapor polis
Mohd Naim berkata, rakyat Malaysia secara umum terkenal dengan 'lembut hati' dan mudah mempercayai orang lain, terutama apabila membabitkan urusan ibadah antara punca kes berkenaan masih berlaku.
Agong, Permaisuri zahir ucapan Selamat Hari Raya Aidiladha
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada se
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Manfaatkan sepenuhnya Hari Arafah
Hari Arafah mempunyai keistimewaan tersendiri kerana ia hari mustajab doa selain hari Allah membebaskan hamba-Nya daripada api neraka.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kerajaan mahu segera laksana subsidi petrol bersasar, tapi sangat rumit - PM Anwar
Anwar berkata, kerajaan sedar penetapan mekanisme berkenaan, termasuk bagi diesel dan RON95, tidak mudah dan agak kompleks.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.