awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
VM2026: Strategi promosi perlu fokus kumpulan sasaran - Ahmad Zahid
KMP perkasa industri kitar semula bateri negara
Anwar nafi sebarang kaitan dengan kes Epstein
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

“Arwah Hail Amir mesra orangnya, mudah berkawan” - Chuari Selamat

Faida Rahim
Faida Rahim
07/05/2024
01:45 MYT
“Arwah Hail Amir mesra orangnya, mudah berkawan” - Chuari Selamat
Menurut Chuari, paling mudah untuk menggambarkan keperibadian Hail Amir ialah Allahyarham seorang yang sangat mesra dan peramah.
AMPANG: Pemergian seniman Datuk Hail Amir ke rahmahtullah semalam meninggalkan kesan yang cukup besar buat kenalan rapatnya, Datuk Chuari Selamat.
Bagi Chuari, Allahyarham Hail Amir merupakan penghibur yang mempunyai nilai dan imej tersendiri.
Kata Chuari, paling mudah untuk menggambarkan keperibadian Hail Amir ialah Allahyarham seorang yang sangat mesra dan peramah.
Chuari yang juga penyampai radio veteran, pengacara majlis serta penulis lirik tersohor negara mula bersahabat dengan Hail Amir pada awal 1970-an selepas diberi tanggungjawab oleh komposer tersohor, Tan Sri Ahmad Nawab untuk menghasilkan lirik lagu Wajah Kesayangan Hamba untuk dirakam Allahyarham.
“Saya kenal Hail sejak album pertama lagi iaitu Wajah Kesayangan Hamba. Saya diberi melodi oleh Tan Sri Ahmad Nawab. Dia kata Hail ini penyanyi baru, orangnya handsome.
“Terlalu banyak kenangan dengan arwah. Dia cukup mesra, mudah berkawan dan akan sentiasa ingat untuk sebut nama komposer yang pernah bekerja dengannya.
“Saya masih ingat di mana mana majlis dia menyanyi dan saya mengacara, dia tidak akan lupa untuk sebut nama saya dan lirik yang ditulis mana-mana komposer lain. Itu kelebihan dia,” kata Chuari mengimbas kenangan mengenali Allahyarham Hail Amir kepada Astro AWANI ketika ditemui di Masjid Ukay Perdana, di sini, pada Selasa.
Allahyarham Hail Amir yang meninggal dunia pada usia 76 tahun di Hospital Kuala Lumpur (HKL) semalam dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Ukay Perdana, di sini, sekitar pukul 10 pagi ini.
Sebelum ini, Allahyarham Hail Amir pernah dimasukkan ke hospital pada 2018 selepas mengadu sakit dada dan dimasukkan ke wad akibat masalah jantung.
Allahyarham yang berasal dari Pulau Pinang dimasukkan ke HKL pada Isnin selepas mengalami masalah batuk berterusan sejak Sabtu.
Chuari yang juga penulis lirik lagu Seloka Hari Raya nyanyian Hail Amir dan Uji Rashid berkata, terlalu banyak kenangan dilalui beliau bersama Allahyarham termasuk menghasilkan lirik untuknya.
Semua kenangan itu, ujar Chuari, akan dikenang dan diabadikan dalam kotak fikirannya.
Selain masyhur sebagai penyanyi yang hebat, Allahyarham Hail Amir juga disifatkan Chuari sebagai seorang ikon fesyen khususnya pada seitar tahun 70-an.
“Dia seorang pelopor dalam angkatan penyanyi era 70-an dan fesyennya sering menjadi ikutan ramai ketika itu.
“Dia sangat mementingkan personaliti dan penampilan, pakaian… itu saya sangat teruja dan menanti untuk lihat penampilannya di pentas persembahan,” ujar Chuari lagi.
Topic Berkaitan
#Hail Amir
#Hail Amir meninggal dunia
#Chuari Selamat
#Wajah Kesayangan Hamba
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan