MAKKAH: Demi memastikan jemaah Malaysia sihat dari pelbagai sudut, Lembaga Tabung Haji (TH) bukan sahaja menyediakan perkhidmatan kesihatan awam, sakit puan dan penjagaan rohani tetapi juga pergigian.
Bertempat di Pusat Kesihatan TH Syisyah, di sini, klinik rawatan itu menyediakan kelengkapan peralatan sepertimana di tanah air dengan tenaga pakar dan ubat-ubatan.
Dr Norhayati Abas, 40, berkata meskipun peranan mulut dan gigi dilihat kecil sahaja dalam melaksanakan ibadah tetapi jemaah pastinya tidak dapat mengerjakan haji dengan sempurna jika mengalami sakit gigi dalam tempoh yang panjang.
"Merawat pesakit di Tanah Suci ini tidak ada perbezaan yang ketara berbanding di tanah air. Kita akan beri perkhidmatan terbaik dari segi perkhidmatan tampalan dan pembersihan karang gigi.
"Kita juga akan memberi fokus kepada kembalikan fungsi gigi untuk jemaah haji beribadah dengan baik tanpa rasa sakit dalam mulut. Yang penting...mulut sihat, ibadah mantap," katanya yang merupakan pakar pergigian dan periodontik di Klinik Pergigian Paya Besar, Kuantan.
Dr Norhayati yang berpeluang berkhidmat di Makkah buat kali pertama turut dibantu seorang jururawat dan seorang pembantu pembedahan dan mereka akan bertugas setiap hari.
Katanya, rata-rata jemaah yang menerima rawatan mengalami bengkak gusi, tampalan pecah dan gigi berlubang, berkemungkinan kesan daripada pemakanan yang tidak sama sepertimana di tanah air.
"Mulut bukan sekadar untuk makan dan kita perlu tahu makanan yang sihat dan mencukupi penting untuk memberi tenaga kepada jemaah. Tetapi jangan lupa bahawa sebutan dalam solat juga turut penting dan kalau gigi longgar macam mana nak sebut dengan betul," katanya.
Tambah beliau, walaupun bilangan jemaah tahun ini hanya seramai 14,306 orang tetapi perkhidmatan mereka tetap akan berjalan sepertimana tahun sebelum ini malah pihaknya menambah baik kelengkapan dan peralatan semakin canggih.
"Jemaah haji tahun ini ada yang muda, pertengahan umur dan bawah 65 tahun. Jadi saya jangkakan mereka ada gigi yang agak baik berbanding sebelum ini yang lebih ramai warga emas yang mengalami masalah gigi longgar.
"Kali ini kita jangka ada masalah gigi berlubang, tampalan bermasalah dan ada yang memakai pendakap gigi. Jika berlaku kerosakan pada pendakap gigi ia boleh menjejaskan kesihatan..besi pada pendakap gigi boleh mencucuk bibir dan lidah, ia perlukan doktor gigi untuk merawat," katanya.
Klinik pergigian mula beroperasi di Makkah bermula 2014 dan ia sentiasa mendapat sambutan dari jemaah haji sehingga berakhir musim haji.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 02 2022
Klinik pergigian mula beroperasi di Makkah bermula 2014 dan ia sentiasa mendapat sambutan dari jemaah haji sehingga berakhir musim haji. - Gambar/ TH
[KOLUMNIS] Penyesuaian pesakit dengan stoma: 5 perkara yang perlu anda ketahui
STOMA merupakan bukaan usus di bahagian badan pesakit yang terhasil selepas pesakit menjalani pembedahan berkaitan usus.
PM ucap selamat raikan Good Friday, Easter Sunday kepada penganut Kristian
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan selamat menyambut hari Good Friday dan Easter Sunday kepada seluruh penganut Kristian.
Singapura rampas 1.5 tan produk segar dan makanan proses dari Malaysia
Kira-kira 1.5 tan produk segar dan makanan diproses yang diimport secara haram dari Malaysia dirampas Agensi Makanan Singapura (SFA).
AWANI Ringkas: Jumlah hari tol percuma kekal
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kemarau: KADA anggar 40,000 tan metrik hasil padi terjejas
Kawasan tersebut sangat kering, mengakibatkan tanah merekah dan tanaman rosak teruk.
Pemuda Dong warisi perniagaan buah kabung
Proses mendapatkan buah yang turut dikenali sebagai buah nau dalam kalangan masyarakat utara itu rumit dan memerlukan kesabaran tinggi.
[KOLUMNIS] Malaysia perlu bijak tangani isu diplomatik, jangan biarkan dibuli negara besar
Sekiranya Malaysia hendak mengekalkan status sebagai sebuah negara berkecuali di samping menjaga kepentingan ekonomi negara, kepimpinan negara perlu untuk mempertahankan kedaulatan negara.
Ada keperluan pinda Seksyen 21 Akta Polis - KPN
Terdapat keperluan untuk PDRM melakukan pindaan terhadap Seksyen 21 Akta Polis 1967, yang berkaitan dengan tugasan mengiring di jalan raya.
Kegiatan haram di KL: Lebih daripada seorang pegawai kanan polis dipercayai terlibat - Azam Baki
Lebih daripada seorang pegawai kanan Polis Diraja Malaysia dipercayai terlibat dalam aktiviti melindungi kegiatan haram di ibu negara, tegas Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki.
Tular titah lama Sultan Nazrin di luar konteks, Pejabat Dewan Negara Perak buat laporan polis
Pejabat Dewan Negara Perak membuat laporan polis berhubung penularan kenyataan berunsur perkauman yang memetik titah diraja Sultan Perak, Sultan Nazrin Shahdalam konteks yang salah.
Peningkatan kos haji disebabkan beberapa faktor - Zulkifli
Kenaikan kos haji kali ini adalah wajar dan masih berpatutan berikutan kos ditanggung oleh Lembaga Tabung Haji (TH) semakin bertambah.
Badal haji: Mangsa penipuan dinasihat lapor polis
Mohd Naim berkata, rakyat Malaysia secara umum terkenal dengan 'lembut hati' dan mudah mempercayai orang lain, terutama apabila membabitkan urusan ibadah antara punca kes berkenaan masih berlaku.
Agong, Permaisuri zahir ucapan Selamat Hari Raya Aidiladha
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada se
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Manfaatkan sepenuhnya Hari Arafah
Hari Arafah mempunyai keistimewaan tersendiri kerana ia hari mustajab doa selain hari Allah membebaskan hamba-Nya daripada api neraka.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kerajaan mahu segera laksana subsidi petrol bersasar, tapi sangat rumit - PM Anwar
Anwar berkata, kerajaan sedar penetapan mekanisme berkenaan, termasuk bagi diesel dan RON95, tidak mudah dan agak kompleks.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Arab Saudi pergiat usaha pelaksanaan Pelan Operasi Haji 2023
Kira-kira 18,000 buah bas dan 25,000 pemandu disediakan bagi memenuhi keperluan pengangkutan jemaah haji musim ini.
Dua jenis rayuan dapat pengecualian bayaran penuh haji - Menteri Agama
Dua syarat pengecualian bayaran penuh iaitu mahram dan pengiring kepada jemaah haji yang mendapat giliran tahun ini.