awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
NSW, Australia larang perhimpunan awam selama 2 minggu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hajiji antara tiga individu terawal terima vaksin 4 Mac ini

Syah Hairizal Kamalul Arifin
Syah Hairizal Kamalul Arifin
25/02/2021
07:27 MYT
Hajiji antara tiga individu terawal terima vaksin 4 Mac ini
Masidi berkata, sebanyak 104,110 vaksin diperuntukkan bagi Sabah untuk fasa pertama yang melibatkan petugas barisan hadapan.
KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor akan menjadi antara tiga individu pertama yang akan menerima vaksin COVID-19 di Sabah pada 4 Mac ini.
Kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Masidi Manjun, selain Hajiji, dua lagi individu yang akan menerima vaksin COVID-19 itu ialah Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sabah Datuk Dr Christina Rundi dan Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hazani Ghazali.
"Kesemua mereka akan menjalani suntikan itu pada Majlis Pelancaran Program Vaksinasi COVID-19 Sabah.
"Pertama adalah Ketua Menteri selaku ketua kerajaan, Pengarah Kesihatan Negeri dan ketiga adalah Pesuruhjaya Polis Sabah. Selepas itu suntikan diberikan kepada kumpulan yang berasingan dan akan dilakukan pada hari yang sama," katanya.
Beliau berkata demikian selepas menyambut ketibaan pesawat Raya Airways B767-223 yang tiba di Terminal 2, Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) pada Khamis.
Sementara itu, Masidi berkata, sebanyak 104,110 vaksin diperuntukkan bagi Sabah untuk fasa pertama yang melibatkan petugas barisan hadapan.
Beliau berkata, kesemua vaksin itu melibatkan enam penghantaran secara berperingkat hingga 1 April 2021.
"Penghantaran vaksin ini adalah berperingkat-peringkat dan ia akan datang dalam enam kumpulan.
"Kumpulan pertama bermula hari ini, kumpulan kedua sebanyak 9,360 (4 Mac), ketiga sebanyak 24,550 (11 Mac), keempat sebanyak 3,510 (18 Mac), kelima sebanyak 18,720 (25 Mac) dan keenam pada 1 April sebanyak 31,590.
"Ia kemudian akan disambung pada kumpulan penghantaran lain sehingga vaksin-vaksin tersebut cukup dihantar ke Sabah," katanya.
Topic Berkaitan
#vaksin COVID-19
#Hajiji individu pertama
#Hajiji Noor
#Dr Christina Rundi
#Hazani Ghazali
#Sabah
#Pesuruhjaya Polis Sabah
#individu terawal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan