awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Emas boleh langkau RM700 segram di Malaysia susulan pengukuhan ringgit
Malaysia di landasan tepat jadi tuan rumah APG 2027 - KBS
Sektor kreatif digital, animasi berimpak tinggi agenda baharu TVET - TPM Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hajiji arah GLC, badan berkanun hantar laporan prestasi setiap tiga bulan

Bernama
Bernama
10/12/2025
13:30 MYT
Hajiji arah GLC, badan berkanun hantar laporan prestasi setiap tiga bulan
Hajiji berkata laporan berkenaan perlu dihantar terus kepadanya oleh CEO, GGM dan GM bagi setiap GLC dan badan berkanun terbabit. - Gambar Bernama
KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor mengarahkan semua syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan badan berkanun di Sabah mengemukakan laporan prestasi bertulis setiap tiga bulan mulai tahun depan.

Ringkasan AI
  • Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor, memerintahkan GLC dan badan berkanun di Sabah untuk mengemukakan laporan prestasi tertulis setiap tiga bulan mulai tahun depan.
  • CEO, GGM, dan GM setiap entiti perlu hantar laporan terus kepada beliau bagi memastikan Kerajaan Negeri mendapat maklumat tepat mengenai kemajuan projek dan kewangan.
  • Mana-mana pihak yang gagal memenuhi KPI atau menunjukkan prestasi yang tidak memuaskan mungkin ditukar atau diberhentikan perkhidmatan, sambil menekankan keperluan integriti dan akauntabiliti dalam pengurusan entiti tersebut.

Beliau berkata laporan berkenaan perlu dihantar terus kepadanya oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Pengurus Besar Kumpulan (GGM) dan Pengurus Besar (GM) bagi setiap GLC dan badan berkanun terbabit.
"Inisiatif ini bertujuan memastikan Kerajaan Negeri menerima maklumat tepat pada masanya berhubung kemajuan projek, kedudukan kewangan, keberkesanan perkhidmatan dan pencapaian masing-masing.
"Pemantauan ini penting bagi menilai prestasi setiap entiti," katanya dalam kenyataan selepas mempengerusikan Mesyuarat Kabinet Negeri Sabah di sini hari ini.
Hajiji menegaskan mana-mana CEO, GGM atau GM yang gagal mengemukakan laporan, tidak mencapai Indeks Prestasi Utama (KPI) atau tidak menunjukkan prestasi memuaskan, akan disemak kedudukannya, termasuk kemungkinan ditukar atau ditamatkan perkhidmatan.
Justeru, beliau menggesa semua peneraju GLC dan badan berkanun berkenaan untuk menetapkan KPI yang jelas serta boleh diukur, selaras mandat organisasi masing-masing.
"Semua projek, inisiatif, program dan perbelanjaan mesti mematuhi piawaian tadbir urus profesional, termasuk integriti kewangan, ketelusan pelaksanaan dan akauntabiliti kepada rakyat," tegasnya.
Hajiji berkata setiap GLC dan badan berkanun di Sabah mempunyai objektif yang berbeza, termasuk yang berorientasikan keuntungan dan yang berasaskan perkhidmatan sosial.
"Namun, semua entiti tetap bertanggungjawab menunjukkan komitmen, kecekapan dan integriti yang tinggi. Setiap CEO, GGM dan GM yang dilantik mesti menyumbang secara bertanggungjawab, seperti yang diharapkan oleh rakyat dan kerajaan, bagi membantu memajukan Sabah.
"Dengan pemantauan yang lebih teratur serta pengurusan yang lebih bertanggungjawab, agenda Sabah Maju Jaya 2.0 dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan serta memberi manfaat secara langsung kepada rakyat Sabah," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#perkhidmatan sosial
#GLC
#laporan prestasi
#Badan Berkanun
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan