awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Indonesia rancang bangun jana kuasa nuklear secara berperingkat
PNB nilai tawaran am sukarela Sunway ke atas IJM berdasarkan pertimbangan komersial
Pesalah buang sampah jalani Perintah Khidmat Masyarakat serentak 13 Feb ini - Nga
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hajiji galak penerbit tempatan keluarkan filem sejarah Sabah

Astro Awani
Astro Awani
14/07/2022
14:23 MYT
Hajiji galak penerbit tempatan keluarkan filem sejarah Sabah
Hajiji (dua dari kiri) sewaktu majlis pra-pelancaran promosi filem Silence of The 177 di Kota Kinabalu. - Astro AWANI
KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor menggalakkan lebih ramai lagi penerbit menghasilkan filem berkaitan sejarah Sabah dan pembentukan Malaysia.
Menurut beliau, penerbitan filem sejarah seperti Silence of The 177 yang mengisahkan kelangsungan dan pengorbanan dalam peristiwa pemberontakan Jesselton dapat memberi pendedahan kepada anak-anak muda tentang apa yang berlaku pada tahun 1943 itu.
Hajiji berkata, penerbitan filem berkaitan sejarah Sabah, pembentukan Malaysia dan kenegaraan dapat mengangkat dan memartabatkan sejarah negeri serta negara.
"Filem sedemikian juga dapat memupuk rasa cinta terhadap tanah air dan semangat nasionalisme dalam kalangan penonton terutamanya generasi muda.
"Kita mahu generasi muda faham dan tahu sejarah negeri dan negara," kata beliau yang ditemui sewaktu pra-pelancaran promosi filem Silence of The 177 arahan sutradara filem, Marcellus Abas (Marc Abas).
Pada masa yang sama, Hajiji turut meluangkan masa menghadiri majlis Santai Belia Bersama Ketua Menteri Menyaksikan Tayangan Filem Mat Kilau anjuran Majlis Belia Sabah dan Institut Kerjasama Kerajaan dan Rakyat (IKRAR) Jabatan Ketua Menteri di Golden Screen Cinemas (GSC), Suria Sabah, di sini, malam tadi.
Turut hadir bersama Hajiji, Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah, Datuk Jahid Jahim; Menteri Tugas-Tugas Khas negeri, Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif; Menteri Belia dan Sukan negeri, Datuk Ellron Angin; Pembantu Menteri Belia dan Sukan, Andi Muhammad Suryady Bandy; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Safar Untong dan Mayor Bandaraya Kota Kinabalu, Datuk Noorliza Awang Alip.
Topic Berkaitan
#filem sejarah
#Hajiji Noor
#sejarah sabah
#pembentukan Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan