awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hakimah junjung titah Sultan Selangor

Bernama
Bernama
09/04/2022
22:00 MYT
Hakimah junjung titah Sultan Selangor
Hakimah turut merafak sembah menjunjung kasih atas keprihatinan Sultan Selangor terhadap tatakelola pentadbiran MKI. - Gambar fail
PUTRAJAYA: Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) Datuk Hakimah Mohd Yusoff menjunjung titah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah bahawa agensi itu tidak boleh mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam (MKI).
Hakimah berkata beliau selaku Setiausaha MKI mengambil maklum titah Sultan Sharafuddin sebagai Pengerusi MKI melalui kenyataan yang dikeluarkan oleh baginda pada Sabtu.
"Jakim selaku Sekretariat MKI akan sentiasa mematuhi peraturan MKI yang telah ditetapkan dan arahan dari semasa ke semasa Pengerusi MKI," menurutnya dalam kenyataan pada Sabtu.
Terdahulu, Sultan Sharafuddin bertitah sebarang kenyataan berhubung keputusan yang dibuat oleh jawatankuasa itu adalah di bawah bidang kuasa Pengerusi Jawatankuasa Muzakarah, MKI dan Majlis Raja-Raja.
Baginda bertitah Jakim hanya bertindak sebagai urus setia kepada Jawatankuasa Muzakarah dan MKI.
Hakimah dalam kenyataannya turut merafak sembah menjunjung kasih atas keprihatinan Sultan Selangor terhadap tatakelola pentadbiran MKI.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#hakimah mohd yusoff
#JAKIM
#Sultan Selangor
#MKI
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan