awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PDRM tumpaskan sindiket seks dan scan dalam talian melalui Op Bugil
PDRM tumpaskan sindiket pecah rumah dan premis perniagaan di Johor
4 ketua bahagian Bersatu Johor, Ronald Kiandee hilang kepercayaan terhadap Muhyiddin
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hakimah Mohd Yusoff lakar sejarah KP Jakim wanita pertama

Hakim Rahman
Hakim Rahman
18/03/2022
07:50 MYT
Hakimah Mohd Yusoff lakar sejarah KP Jakim wanita pertama
Mohd Zuki Ali berkata, pemilihan Hakimah Mohd Yusoff adalah berdasarkan perkhidmatannya selama 30 tahun khususnya di JAKIM. - Foto Facebook JAKIM
KUALA LUMPUR: Datuk Hakimah Mohd Yusoff melakar sejarah apabila dilantik menjadi Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang baharu berkuat kuasa 21 Mac ini.
Menurut Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali, pemilihan Hakimah berdasarkan perkhidmatannya selama 30 tahun, khususnya di JAKIM.
“Pelantikan ini menjadi sejarah kepada JAKIM apabila buat pertama kali diterajui oleh wanita sekali gus meningkatkan pembabitan wanita sebagai pembuat keputusan dalam perkhidmatan awam,” katanya dalam kenyataan di sini, pada Jumaat.
Beliau turut berharap pelantikan tersebut dapat memacu JAKIM ke arah memperkasa peranannya sebagai agensi hal ehwal Islam di peringkat Persekutuan yang kompetitif serta berdaya saing di peringkat global.
Hakimah sebelum ini adalah Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) JAKIM dan memulakan kerjaya dalam perkhidmatan awam sebagai Penolong Pengarah Bahagian Hab Halal JAKIM pada 1992.
Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) daripada Universiti Malaya (UM) pada 1990 dan Ijazah Sarjana daripada Universiti Putra Malaysia pada 2001.
Topic Berkaitan
#JAKIM
#muda
#Halal
#Islam
#wanita
#hakimah mohd yusoff
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan