TUMPAT: Hampir 100 jemaah meredah banjir atau menaiki bot untuk menunaikan solat Jumaat di Masjid Kampung Simpangan Hilir, di sini.
Imam masjid, Ismail Awang Mat, 72, berkata walaupun kawasan sekitar masjid berkenaan masih digenangi air namun ia tidak menghalang para jemaah untuk menunaikan solat Jumaat.
"Jika minggu lepas, solat Jumaat tidak dapat dilaksanakan kerana arus deras dan dibimbangi akan membahayakan keselamatan para jemaah.
"Alhamdulillah, hari ini, para jemaah dapat menyempurnakan solat Jumaat walaupun keadaan air mencecah paras paha dan sekitar 0.5 meter ketika ini di beberapa laluan masuk ke masjid," katanya ketika ditemui pemberita hari ini.
Turut hadir Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun yang menyampaikan sumbangan daripada Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Fa'iz Petra Ibni Al Marhum Sultan Ismail Petra dan Raja Perempuan Kelantan.
Muhamad Zaki berkata sebanyak 100 bakul makanan disampaikan kepada penduduk di Kampung Simpangan sebagai tanda keprihatinan pihak Istana Kelantan terhadap mangsa dilanda musibah banjir.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 04 2022

Hampir 100 jemaah meredah banjir atau menaiki bot untuk menunaikan solat Jumaat di Masjid Kampung Simpangan Hilir, di sini. - Foto BERNAMA

Banjir | Perkembangan banjir di Baling
Untuk perkembangan terkini situasi banjir di Baling, kita bersama wakil Astro AWANI Kedah, Abd Hadi Che Awang.

Banjir | 'Isytihar darurat bencana Tahap 1 atau 2’
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, berkata beliau mahu seboleh-bolehnya kawasan yang kritikal di beberapa kampung yang terjejas banjir di Baling diisytihar sebagai kawasan darurat bencana tahap 1 atau 2 selari dengan situasi dan bidang kuasa yang ada. Jelasnya menerusi kenyataan di Facebook, pengisytiharan itu amat penting bagi mempercepatkan operasi bantuan daripada agensi negeri dan persekutuan (belanja kecemasan) berdasarkan bajet sedia ada di agensi masing-masing.

Banjir | 9 sekolah terjejas, JPN & PPD diarah siap sedia
Sebanyak sembilan buah sekolah di daerah Baling, Kedah terjejas akibat banjir yang melanda di kawasan itu sejak petang, semalam.
![[TERKINI] Banjir | 2 mayat ditemukan: Sidang media JBPM Kedah [TERKINI] Banjir | 2 mayat ditemukan: Sidang media JBPM Kedah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1976585/thumbnails/4194786321656994789199_640x360.jpg)
[TERKINI] Banjir | 2 mayat ditemukan: Sidang media JBPM Kedah
Sidang Media oleh Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Sayani Saidon susulan penemuan dua mayat di lokasi kejadian bencana banjir dan kepala air di Kg Iboi, Kupang.

Lelaki cuba terjun Jambatan Sultan Mahmud positif dadah
Hasil ujian saringan awal air kencing mendapati lelaki berkenaan positif dadah jenis methamphetamine.

Suspek kelar isteri, bayi sampai mati direman tujuh hari
Suspek yang berusia 25 tahun itu tiba di mahkamah sekitar jam 9 pagi dengan kawalan ketat dari anggota polis.

Itali isytihar darurat di wilayah utara dilanda kemarau
Itali pada Isnin mengisytiharkan darurat di lima wilayah utara yang paling terjejas akibat dilanda kemarau.

Pujian Arab Saudi penghargaan sangat besar buat Malaysia - Idris
Pada musim haji tahun ini, Malaysia diiktiraf sebagai negara pertama yang memperoleh permit pengoperasian hospital di Arab Saudi.

Kadar jangka pendek diunjurkan stabil susulan operasi BNM
Mudah tunai dianggarkan sebanyak RM53.84 bilion dalam sistem konvensional dan RM33.48 bilion dalam dana Islam.

Meninggal dunia selepas persidangan PVATM
Allahyarham yang berehat di bilik hotel selepas selesai persidangan rebah selepas keluar dari tandas.

Pujian Arab Saudi penghargaan sangat besar buat Malaysia - Idris
Pada musim haji tahun ini, Malaysia diiktiraf sebagai negara pertama yang memperoleh permit pengoperasian hospital di Arab Saudi.

Seorang jemaah haji meninggal dunia susulan jangkitan kuman - Idris
Seorang jemaah haji lelaki berusia 62 tahun telah meninggal dunia di sini, minggu lepas.

Tiada kuota haji VIP seperti didakwa - Ahmad Marzuk
Tiada pengkhususan kouta bagi jemaah orang kenamaan (VIP), kerana ia hanya berdasarkan sistem pendaftaran dan senarai kuota.

Haji: Idris puji perkhidmatan terbaik TH
Jemaah haji Malaysia memang bertuah, kata Idris.

Semua bakal jemaah haji Malaysia lalui pemeriksaan kesihatan ikut piawaian, telus - TH
Pemeriksaan itu bagi memastikan bakal jemaah haji mempunyai tahap kesihatan yang baik serta memenuhi syarat kerajaan Arab Saudi.

Haji: Rawatan pergigian disedia untuk jemaah Malaysia
Demi memastikan jemaah Malaysia sihat dari pelbagai sudut, Lembaga Tabung Haji (TH) bukan sahaja menyediakan perkhidmatan kesihatan awam, sakit puan dan penjagaan rohani tetapi juga pergigian.

Haji: Khidmat penjagaan spiritual dilaksana di Tanah Suci
Beliau bukan sahaja akan menerima pesakit yang datang ke pusat perubatan, tetapi juga melakukan kunjungan dari bilik ke bilik.

Haji: Jemaah diingat jaga kebersihan, nama baik Malaysia
Seiring kempen 'Kebersihan Mencerminkan Kemakburan Haji', jemaah Malaysia bukan sahaja diingatkan tentang kepentingan bergotong-royong, tetapi juga keperluan menjaga nama baik negara.

Pusat Rawatan TH Syisyah lengkap pelbagai kemudahan, rawat jemaah haji Malaysia
Setiap analisis dan pemantauan pegawai perubatan Malaysia diterima tanpa sebarang keraguan oleh doktor yang bertugas di Hospital Arab Saudi sama ada di Makkah dan Madinah.

Inisiatif 'Makkah Route' mudahkan urusan jemaah, jimatkan masa
Menerusi inisiatif 'Makkah Route' anggota imigresen Arab Saudi berada di kaunter di KLIA akan memeriksa pasport jemaah haji jemaah Malaysia.