MALAYSIA
Hampir 1.8 juta pelancong China kunjungi Malaysia lima bulan pertama 2025

Sejak dasar pengecualian visa dilaksanakan pada 2024, jumlah ketibaan pelancong China melonjak daripada 1.6 juta pada 2023 kepada 3.4 juta pada tahun lepas. - Gambar/ Bernama
KUALA LUMPUR: Hampir 1.8 juta pelancong dari China direkodkan berkunjung ke Malaysia dalam tempoh Januari hingga Mei tahun ini susulan pelaksanaan pengecualian visa kepada rakyat negara itu.
Ringkasan AI
- Hampir 1.8 juta pelancong China direkodkan berkunjung ke Malaysia antara Januari hingga Mei 2025 susulan pelaksanaan pengecualian visa, dengan jumlah keseluruhan ketibaan meningkat kepada 3.4 juta pada 2024 berbanding 1.6 juta pada 2023.
- Kementerian Pelancongan giat melaksanakan promosi pelancongan mesra Muslim termasuk membawa lebih 100 imam dari China dan Eropah untuk melihat sendiri kesesuaian konsep tersebut di Malaysia.
- Promosi bersepadu turut dijalankan untuk memperkenalkan produk pelancongan Pantai Timur seperti Masjid Kristal ke pasaran antarabangsa, dengan harapan memberi limpahan ekonomi kepada industri tempatan seperti inap desa, kraftangan dan makanan warisan.
"Antaranya, kita membawa lebih 100 imam dari China dan Eropah untuk melihat sendiri konsep pelancongan mesra Muslim yang sesuai untuk semua lapisan masyarakat tanpa mengira agama," katanya pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini.
Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Muhammad Bakhtiar Wan Chik (PH-Balik Pulau) mengenai usaha kerajaan menarik pelancong Muslim dari China ke Malaysia.
Menjawab soalan tambahan Wan Hassan Mohd Ramli (PN-Dungun) mengenai strategi kementerian bagi agihan manfaat dan limpahan ekonomi kepada negeri Pantai Timur, Khairul Firdaus berkata promosi bersepadu dijalankan melalui Tourism Malaysia dan Pusat Pelancongan Islam (ITC) untuk memperkenal produk seperti Masjid Kristal ke pasaran ASEAN, Eropah, China, Jepun dan Korea Selatan.
"Usaha ini juga berkait rapat dengan kebudayaan masyarakat setempat dan apabila elemen-elemen ini dapat dibawa dalam promosi, ia akan memberikan limpahan kepada industri seperti inap desa, kraftangan, dan makanan warisan," katanya.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami