awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Ahli Parlimen Britain Dan Norris ditangkap semula atas dakwaan kesalahan seksual
Sentimen industri pembuatan Singapura kekal positif di tengah-tengah tekanan global
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hampir 200 bot nelayan Indonesia diusir ceroboh perairan negara di Perak

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
14/11/2020
11:44 MYT
Hampir 200 bot nelayan Indonesia diusir ceroboh perairan negara di Perak
Sebahagian bot nelayan Indonesia yang dikesan menceroboh perairan negara semalam. -Gambar/ Ihsan Maritim Malaysia
LUMUT:Sebanyak 199 bot nelayan Indonesia yang menceroboh perairan negara diusir Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Perak sejak Mac lalu.
Pengarah Maritim Malaysia Perak, Kepten Maritim Shahrizan Raman berkata, terbaharu pihaknya mengusir 40 bot nelayan Indonesia di beberapa lokasi sekitar 28.5 hingga 30 batu nautika barat laut Pulau Jarak, dekat sini, semalam.
Katanya kesemua bot yang setiap satunya membawa empat kru dan seorang tekong dikesan oleh Kapal Maritim (KM) Rawa yang sedang melaksanakan Op Benteng di perairan negeri ini.
"Pasukan di dalam KM Rawa memberi amaran supaya mereka menghentikan aktiviti penangkapan ikan dan keluar dari perairan Malaysia.
"Anggota kita kemudian mengiring kesemua bot nelayan Indonesia itu hingga ke sempadan maritim Malaysia-Indonesia bagi memastikan mereka tidak berpatah balik," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Shahrizan berkata tindakan pengusiran keluar bot nelayan asing dari perairan Malaysia bertujuan menyekat penyebaran wabak COVID-19 menerusi warga asing sekali gus membantu Kementerian Kesihatan menurunkan graf kebolehjangkitan dalam kalangan rakyat.
Katanya aset-aset Maritim Malaysia Perak akan terus meningkatkan rondaan dan pengawasan terutamanya di titik panas berhampiran sempadan maritim Malaysia-Indonesia.
Beliau turut meminta komuniti maritim menyalurkan maklumat berkaitan pencerobohan nelayan asing, pendatang tanpa izin serta kegiatan jenayah kepada Maritim Malaysia dengan segera untuk tindakan lanjut.
Topic Berkaitan
#Maritim Malaysia
#Perak
#neayan asing
#bot
#ceroboh perairan negara
#Indonesia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan