Seramai 49,222 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan di seluruh negara sejak Januari lepas hingga semalam (18 Dis), sidang Dewan Negara diberitahu hari ini.
Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata bagi tempoh sama, seramai 169,712 orang PATI telah menyertai program Serah Diri Secara Sukarela untuk Kembali ke Negara Asal (Program 3+1).
"Untuk rekod, dalam program 3+1 yang bermula 22 Julai 2014 hingga semalam, seramai 452,779 orang PATI telah menyerah diri untuk pulang ke negara asal dan mereka akan disenaraihitamkan sebelum dihantar pulang ke negara asal," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Senator Rahimah Mahamad berkenaan statistik warga asing yang tidak mempunyai permit sah di negara ini serta langkah mengekang kemasukan PATI.
Dalam pada itu, Nur Jazlan berkata sehingga 30 Nov lepas, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) merekodkan seramai 1,856,869 orang pekerja asing yang sah.
Tegasnya, kementerian melalui JIM telah mengambil beberapa langkah bagi memastikan tiada lagi warga asing memasuki negara tanpa dokumen perjalanan yang sah termasuk proses tapisan awal melalui pengeluaran visa di kedutaan atau pejabat perwakilan Malaysia di luar negara.
Selain itu, jelasnya, sebagai tambahan, JIM turut menyemak data warga asing yang berisiko di pintu masuk negara dengan menggunakan Sistem Penguatkuasaan dan Pendaftaran Warga Asing (NERS) melalui proses pengecaman data biometrik pesalah imigresen yang telah direkodkan dalam senarai syak jabatan.
Nur Jazlan berkata NERS juga dapat mengenal pasti ketulenan identiti individu bersama dokumen yang digunakan berdasarkan semakan silang dengan maklumat biometrik dalam pangkalan data NERS yang dapat meningkatkan keberkesanan kawalan dan pemeriksaan masuk warga asing.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 19 2016
NUR JAZLAN: Seramai 49,222 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan di seluruh negara sejak Januari lepas hingga semalam (18 Dis). - Gambar fail
TNB perkenal sistem FARA bagi mengurus risiko banjir
TNB perkenal sistem FARA untuk urus risiko banjir, pastikan keselamatan aset dan pengguna.
Banjir: 444 mangsa terjejas di empat negeri
Perak kekal mencatatkan jumlah mangsa banjir tertinggi iaitu 220 mangsa daripada 68 keluarga dan ditempatkan di dua PPS.
Anda kelak boleh seru Google Gemini dengan memanggil 'Hey, Gemini'
Gemini iaitu chatbot AI Google yang secara perlahan akan menjadi pembantu maya/digital baharu menggantikan Google Assistant.
Banjir kilat: SK Nanga Budu ditutup selepas air naik ke paras dada
Kawasan yang terlibat adalah bangunan dewan sekolah serta bangunan bagi prasekolah.
Final Jelajah Dunia BWF: Lee Zii Jia siap sedia hadapi cabaran sebenar bertemu tuan rumah
"Semua pemain di sini adalah pilihan terbaik tatkala mahu merangkul kejuaraan. Saya berpuas hati dengan tahap prestasi saya setakat ini." - Zii Jia
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS dalam dagangan awal hari ini walaupun walaupun indeks dolar AS (DXY) lebih tinggi.
AWANI Pagi: Satira dan Parodi: Batas kebebasan di bawah RUU 588
Diskusi 8.30 pagi Jumaat Isnin bersama Profesor Datuk Dr. Azizul Halim Yahya,Profesor Komunikasi, Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi MARA, UiTM membincangkan mengenai batas dan had kebebasan di bawah RUU 588 berhubung isu satira dan parodi yang kontroversi baru-baru ini.
Buaya di Teluk Batik: Perhilitan nasihat orang awam berwaspada
Perhilitan Perak terus memantau persekitaran Pantai Teluk Batik susulan penampakan kehadiran seekor buaya di kawasan itu semalam.
Polis tembak mati lelaki miliki 24 kes rekod jenayah di Jeram Pasu
Suspek berusia 31 tahun merupakan warga tempatan maut dalam kejadian sekitar jam 5.30 pagi tadi.
NAIO disaran bentuk konsortium perkasa tenaga kerja AI tempatan
Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO) perlu membentuk satu konsortium antara institut pengajian tinggi (IPT), industri teknologi dan kerajaan dalam memperkasa tenaga kerja tempatan dalam AI.
Tiada kompromi anggota polis terlibat dadah
Kementerian Dalam Negeri tidak akan berkompromi dengan mana-mana anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang didapati terlibat dalam sebarang aktiviti jenayah berkaitan dadah.
Hampir 50,000 PATI ditahan sejak Januari - Nur Jazlan
Seramai 49,222 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan di seluruh negara sejak Januari lepas hingga semalam (18 Dis), sidang Dewan Negara diberitahu hari ini.