awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelakon Pablo Amirul dan Dr Hana kini sah suami isteri
China laksana hukuman mati terhadap empat lagi anggota mafia Myanmar
Kakak bomba antara barisan hadapan operasi kebakaran tanah gambut di Simpang Renggam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hampir 800,000 hektar kawasan tanaman sawit terima sijil MSPO

Nursyazwani Saiful Sham
Nursyazwani Saiful Sham
19/03/2018
08:11 MYT
Hampir 800,000 hektar kawasan tanaman sawit terima sijil MSPO
Datuk Seri Mah Siew Keong bergambar bersama wakil syarikat perladangan yang menerima sijil penghargaan sempena memenuhi piawaian sijil MSPO. - Astro AWANI
Sejumlah 758,923 hektar kawasan tanaman sawit direkodkan menerima pensijilan Kemampanan Minyak Sawit Malaysia (MSPO) pada Februari 2018.
Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Mah Siew Keong berkata, ia sekali gus menunjukkan peningkatan sebanyak 210 peratus semenjak kerajaan bersetuju untuk mewajibkan pensijilan MSPO kepada semua pengusaha dan pengilang sawit pada Mei tahun lalu.
"Kita mahu memberi pengiktirafan kepada mana-mana syarikat perladangan yang telah menyahut seruan kerajaan untuk mendapatkan sijil MSPO untuk memastikan industri sawit tempatan terus mampan dari semasa ke semasa.
"Komitmen dari syarikat perladangan, pekebun kecil dan pengilang sawit untuk mendapatkan sijil MSPO perlu dititikberatkan bagi menepati piawaian yang boleh dipasarkan ke pasaran antarabangsa," katanya semasa sidang media sempena Hari Penghargaan Pensijilan MSPO, di sini, pada Isnin.
Sebanyak lapan syarikat perladangan yang menepati ciri-ciri piawaian ditetapkan oleh Majlis Pensijilan Kelapa Sawit Malaysia (MPOCC) telah dianugerahkan sijil penghargaan dalam majlis tersebut.
Syarikat-syarikat tersebut adalah JC Chang (Pte) Limited, TDM Berhad, KLK Berhad, Hap Seng Plantations Holding Berhad, Keresa Plantations Sdn Bhd, Sabah Softwoods Berhad, Achi Jaya Plantations Sdn Bhd dan Sime Darby Plantation Berhad.
Bagi pekebun kecil, 49 Kelompok Minyak Sawit Mampan (SPOCs) daripada Sarawak, Sabah, Johor, Perak, Melaka, Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan turut menerima sijil penghargaan.
Ini termasuk 49 kluster pekebun kecil persendirian dengan kawasan tanaman seluas 9,521 hektar, tujuh kluster pekebun kecil tersusun dengan tanaman seluas 19,110 hektar dan 260 buah ladang dengan kawasan tanaman seluas 730,292 hektar.
Dalam pada itu, Siew Keong turut menggesa pekebun kecil yang memiliki 5.8 juta hektar tanaman sawit di seluruh negara supaya segera mendapatkan sijil MSPO sebelum Disember 2019.
"Kita mahu pekebun kecil ini mendapatkan sijil MSPO dengan segera agar mereka tidak terpinggir dalam pasaran minyak sawit," katanya.
Topic Berkaitan
#Datuk Seri Mah Siew Keong
#Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi
#MSPO
#pekebun kecil
#pengilang minyak sawit
#Sijil Kemampanan Minyak Sawit Malaysia
#SPOC
#syarikat perladangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan