Sebanyak RM9.974 bilion Wang Tak Dituntut (WTD) telah diserahkan oleh pelbagai entiti kepada Jabatan Akauntan Negara sehingga 31 Okt tahun ini, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng.
Beliau berkata daripada jumlah itu, sebanyak RM1.875 bilion telah dibayar balik dan RM1.6 bilion telah dikreditkan dalam pindahan hasil kerana tidak dituntut dalam tempoh 15 tahun.
"Keadaan itu menjadikan jumlah semasa dalam akaun amanah Wang Tak Dituntut adalah sebanyak RM6.495 bilion," katanya semasa menggulung perbahasan peringkat jawatankuasa Belanjawan 2019 bagi Kementerian Kewangan pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.
Katanya, individu yang ingin membuat tuntutan wang perlu mengemukakan beberapa dokumen termasuk salinan kad pengenalan dan borang permohonan tuntutan, manakala bagi individu yang telah meninggal dunia, permohonan boleh dibuat waris dengan mengemukakan surat tadbir harta pusaka.
Kepada soalan Datuk Seri Dr Shahidan Kassim (BN-Arau) sama ada terdapat pemberian notis mengenai WTD kepada individu, Lim berkata pihaknya dimaklumkan ada notis diedarkan bagaimanapun terdapat beberapa kekangan termasuk alamat yang didaftarkan di bawah Jabatan Pendaftaran Negara tidak sama dengan alamat terkini tempat tinggal mereka.
"Saya bagi kementerian minta mereka (individu) yang ada akaun seperti ini (WTD) untuk buat tuntutan kerana sekiranya masih belum sampai 15 tahun, masih berpeluang buat demikian," katanya.
Dalam perkembangan lain, Lim berkata lapan syarikat milik kerajaan yang mencatatkan kerugian selama lima tahun berturut-turut tidak akan ditutup.
"Ini antara lapan buah syarikat iaitu ATSB (Astronautic Technology (M) Sdn Bhd; Halal Industry Development Corp; IWK (Indah Water Konsortium) Sdn Bhd; Inno Bio Ventures Sdn Bhd; Malaysian Bioeconomy Development Corporation Sdn Bhd; Prasarana Malaysia Bhd dan SPNB (Syarikat Perumahan Negara Berhad)," katanya. -- Bernama
Bernama
Mon Nov 26 2018

LIM: Individu yang ingin membuat tuntutan wang perlu mengemukakan beberapa dokumen termasuk salinan kad pengenalan dan borang permohonan tuntutan. - Astro AWANI/Shahir Omar

Pengunjung panik premis Ikea diarah tutup serta-merta akibat COVID-19
Pasar raya Ikea di Shanghai diarah tutup selepas pihak berkuasa kesihatan bandar itu menemukan bukti kontak rapat kes COVID-19 di lokasi.

136,923 keluarga di Malaysia kategori miskin tegar setakat 31 Julai
Setakat 31 Julai lalu, bilangan miskin tegar di Malaysia adalah 136,923 keluarga manakala miskin (308,699), kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Komponen BN | PBM sedia berunding untuk jadi komponen BN
Parti Bangsa Malaysia (PBM) sedia untuk berunding dengan dewan tertinggi Barisan Nasional berhubung permohonan untuk parti itu menjadi sebahagian daripada komponen BN. Setiausaha Agung PBM Nor Hizwan Ahmad berkata pihak mengambil maklum keputusan itu dan memahami selaku gabungan parti paling lama di Malaysia, BN perlu menimbang pelbagai perkara sebelum mencapai keputusan.

Penjawat Awam | PM minta pertahan kerajaan daripada dakwaan fitnah
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyeru penjawat awam untuk mempertahankan kerajaan daripada pelbagai dakwaan serta fitnah yang kononnya pentadbirannya gagal. Menurutnya, kakitangan awam perlu turut membantunya ke arah kejayaan negara dengan melihat beliau sebagai ketua kerajaan dan bukannya mempertahankan parti politik.

Dewan Negara bahas usul isu LCS petang ini
Dewan Negara akan membahaskan usul berkaitan isu Kapal Tempur Pesisir Pantai (LCS) pada persidangan petang ini. Speaker Tan Sri Dr Rais Yatim berkata ia bersifat tertentu, berkepentingan orang ramai dan berkehendak disegerakan.

AWANI Ringkas: LCS: Bekas Panglima TLDM didakwa pecah amanah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PRU15: UMNO Alor Setar yakin rampas semula dua kerusi DUN
Dua DUN berkenaan adalah Suka Menanti dan Alor Mengkudu yang telah dimenangi PH dalam PRU14.

Dua lelaki rempuh SJR dikejar sejauh 36 kilometer
Suspek turut melanggar pembahagi jalan dan tiang lampu isyarat menyebabkan kenderaan tersebut berpusing satu kali.

Pembinaan litar kurang dapat sambutan orang muda sebelum ini
Mengenai cadangan pembinaan litar, Timbalan Menteri Dalam Negeri II, Jonathan Yassin berkata mengikut maklumat beberapa negeri sebelum ini, ia kurang mendapat sambutan orang muda dan belia.

Mat rempit: Kenakan tindakan terhadap penonton akan dibawa ke Parlimen
Timbalan Menteri Dalam Negeri II, Jonathan Yassin berkata cadangan kenakan tindakan terhadap penonton lumba haram serta bengkel aksesori motosikal berkemungkinan akan dibawa ke Parlimen pada Oktober ini.

Dewan Negara lulus tiga rang undang-undang
RUU Tabung Angkatan Tentera (Pindaan) 2022 bertujuan memastikan caruman anggota tentera dalam LTAT selamat.

China akhiri latihan ketenteraan di sekitar Taiwan
China pada Rabu mengumumkan telah menyelesaikan latihan ketenteraannya yang dilancarkan minggu lepas di sekitar Taiwan, sebagai membantah lawatan Speaker Dewan Rakyat AS Nancy Pelosi ke pulau itu.

Parlimen cipta sejarah, sistem demokrasi negara dipandang tinggi oleh dunia
Keperluan undang-undang memberi mesej yang jelas bahawa negara memerlukan kestabilan di semua segi dan peringkat.

Dewan Rakyat lulus tiga RUU berkaitan keuntungan luar biasa, cukai jalan dan perkhidmatan
Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-undang (RUU) Levi Keuntungan Luar Biasa (Pindaan) 2022 bagi meminda Akta Levi Keuntungan Luar Biasa 1998.

MPOB diminta kaji penetapan harga minyak masak guna sistem dua peringkat
Tan Sri Annuar Musa berkata, ketika ini harga bagi produk-produk tersebut ditentukan melalui sistem satu harga.

Projek LCS: Kementerian Pertahanan teliti laporan dan syor PAC - Hishammuddin
Kementerian Pertahanan dan semua pemegang taruh akan meneliti laporan PAC secara terperinci dan mengambil kira syor yang dikemukakan dalam meneruskan projek LCS.

Menteri JPM diminta perjelas isu perbalahan KPPA dan Imigresen di Dewan Rakyat
Penjelasan segera itu perlu supaya isu tersebut tidak menjejaskan nama baik Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), khususnya maruah anggota kerajaan.

Laporan PAC: Bayaran perolehan kapal tempur pesisir tidak digunakan sepenuhnya
Peralatan yang disimpan dalam stor bagi projek LCS dianggarkan berjumlah RM1.7 bilion dan dianggarkan 15 peratus telah pun usang

Sekatan eksport ayam hanya langkah sementara - Ronald
Sekatan pengeksportan ayam pedaging hidup bersifat sementara sehingga harga dan pengeluaran ayam kembali stabil sepenuhnya.

Pengguna data akan diwajibkan lantik pegawai pelindungan data - Annuar
Semua pengguna data juga akan diwajibkan untuk lapor kebocoran data kepada Pesuruhjaya Jabatan Perlindungan Data Peribadi dalam tempoh 72 jam.