GUA MUSANG: Lebih 1,000 masyarakat Orang Asli Pos Balar masih tidak dapat berhubung dengan dunia luar berikutan ketiadaan capaian Internet dan liputan talian telefon sejak sebulan yang lepas.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Keselamatan Kampung Orang Asli (JPKKOA) Pos Balar Hanan Anjang berkata ia susulan generator yang membekalkan tenaga bagi menghidupkan pencawang telekomunikasi telah terbakar pada 6.45 pagi, 19 Jan lepas.
"Sudah tiga minggu kami tidak dapat berhubung dengan masyarakat di luar. Pada awalnya kita ingatkan generator kehabisan minyak disebabkan kontraktor tidak dapat masuk ke Pos Balar kerana jalan yang tidak dapat dilalui pada musim hujan.
"Namun apabila pemeriksaan dilakukan mendapati terdapat bahagian yang terbakar pada generator terbabit. Sehingga kini, agak sukar untuk kami berhubung dan melaporkan sekiranya berlaku kes kecemasan," katanya ketika ditemui pemberita di Pos Balar, di sini hari ini.
Seorang penduduk Seria Along, 48, berkata masalah telekomunikasi itu menyebabkan dia tidak dapat membuat panggilan video dengan anak yang bekerja di Bandar Gua Musang untuk bertanya khabar.
"Jika berlaku kecemasan di tempat masing-masing, kami juga tidak tahu. Begitu juga penduduk yang lain tidak dapat memaklumkan kepada penghulu untuk semua hal yang penting.
"Saya harap kerosakan ini dapat diperbaiki segera untuk kemudahan kami masyarakat Orang Asli di sini," katanya.
Sementara itu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) Negeri Kelantan memaklumkan pihaknya telah mengambil maklum berkenaan aduan terbabit dan siasatan lanjut akan dijalankan segera.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 08 2024
Lebih 1,000 masyarakat Orang Asli Pos Balar masih tidak dapat berhubung dengan dunia luar berikutan ketiadaan capaian Internet dan liputan talian telefon sejak sebulan yang lepas. - Gambar fail/BERNAMA
Bekas pegawai PTG didakwa tipu status Tanah Rizab Melayu
Rosli Che Mohamed, 64, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Datuk Ibrahim Osman.
AWANI Ringkas: Menteri Besar Perlis beri keterangan kepada SPRM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Lelaki bunuh kekasih terlepas hukuman gantung, ganti jel 30 tahun
Seorang penyelenggara stor yang membunuh teman wanitanya dengan menjerut leher menggunakan kain tudung terselamat daripada tali gantung.
Empat lelaki ditahan bantu siasatan kes gaduh di kuil
Kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan dan usaha mengesan suspek lain sedang giat dijalankan.
Pencarum perlu upskill dan reskill untuk tingkatkan jumlah wang persaraan - Pakar
Beliau berkongsi pandangan dalam program Niaga AWANI pada Selasa. Antara lain, beliau menasihatkan agar pencarum tingkatkan juga literasi kewangan.
[TERKINI] SPRM sahkan MB Perlis diambil keterangan
Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya bagi membantu siasatan kes melibatkan anak lelakinya.
Biotoksin masih tinggi, penternak diminta jangan jual kupang - Jabatan Perikanan
Ujian makmal turut mendapati sampel air dan kupang di perairan tersebut dicemari alga spesies 'Alexandrium' yang berbahaya kepada manusia.
Bintang 'Spider-Man' Tom Holland zahir hasrat kahwini aktres Zendaya
Bintang Spider-Man itu dikatakan sudah berbincang dengan Zendaya untuk berkahwin.
Kes lelaki Israel: Kertas siasatan 10 suspek akan dirujuk AGC minggu ini
Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, perbincangan akan diadakan bagi membuat keputusan terhadap tindakan lanjut yang akan dikenakan terhadap suspek terlibat.
Raja Charles III kembali jalani tugas awam selepas rawatan kanser
Raja Britain, Raja Charles III kembali menjalankan tugas awam selepas kesan positif rawatan kansernya.
Hampir sebulan masyarakat Orang Asli Pos Balar terputus hubungan telekomunikasi
Lebih 1,000 masyarakat Orang Asli Pos Balar masih tidak dapat berhubung dengan dunia luar berikutan ketiadaan capaian Internet dan liputan talian telefon sejak sebulan yang lepas.