awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemandu maut lori simen jatuh dalam tapak pembinaan
Jeneral kanan Rusia kritikal selepas ditembak di Moscow
Pengerusi IJM Corp ditahan SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hampir separuh rakyat Malaysia yakin vaksin COVID-19 diperoleh tahun ini - Kajian

Rahimah Abdullah
Rahimah Abdullah
02/09/2020
08:00 MYT
Hampir separuh rakyat Malaysia yakin vaksin COVID-19 diperoleh tahun ini - Kajian
Kaji selidik dikendalikan panel IPSOS dalam talian itu bermula 24 Julai hingga 7 Ogos 2020 melibatkan seramai 19,519 responden.
Sebanyak 48 peratus rakyat Malaysia yakin vaksin COVID-19 akan dapat diperolehi sebelum akhir tahun ini, manakala selebihnya berpendapat sebaliknya.
Itu hasil kaji selidik antarabangsa oleh Firma Penyelidik Pasaran IPSOS yang merumuskan peratusan itu selari dengan purata keyakinan global iaitu pada tahap 41 peratus (yakin) dan 59 peratus (tidak yakin).
Firma itu turut mendapati, rakyat China paling optimistik dengan penghasilan vaksin tahun ini iaitu pada kadar 87 peratus dan hanya 31 peratus tidak yakin dengan perkara itu.
Rakyat Arab Saudi dan India pula masing-masing mencatatkan 75 dan 74 peratus keyakinan.
Bagaimanapun, Jepun dan negara-negara Barat mencatatkan peratusan tidak yakin tertinggi terhadap pemerolehan vaksin COVID-19 tahun ini.
Jepun mencatatkan 78 peratus tidak yakin dan 22 peratus yakin, Britain (69: 31 peratus), Amerika Syarikat (66: 44 peratus), Perancis (60: 40 peratus) dan Rusia (53: 47 peratus), Australia mencatatkan (73: 27 peratus) dan Afrika Selatan (63: 37 peratus).
 48 peratus daripada penduduk di Malaysia yakin vaksin COVID-19 akan dapat diperolehi tahun ini
48 peratus daripada penduduk di Malaysia yakin vaksin COVID-19 akan dapat diperolehi tahun ini
Dalam pada itu, mengenai kaji selidik terhadap sosioekonomi, 85 peratus rakyat Malaysia berpendapat mereka akan mendapat vaksin COVID-19 apabila ia berada di pasaran.
China mencatatkan peratusan tertinggi iaitu 97 peratus, Australia (88 peratus), India (87 peratus), Perancis (59 peratus) dan Rusia (54 peratus).
85 peratus rakyat Malaysia berasa mereka akan mendapat vaksin COVID-19
85 peratus rakyat Malaysia berasa mereka akan mendapat vaksin COVID-19
Sementara itu, mengenai kaji selidik terhadap rakyat Malaysia yang menolak vaksin COVID-19 menunjukkan 48 peratus daripada mereka memberi alasan bimbang dengan kesan sampingan.
Selain itu, 33 peratus responden tidak yakin vaksin itu berkesan, berasa tiada risiko COVID-19 (36 peratus), tiada masa (lapan peratus), menentang vaksin secara amnya (tujuh peratus) dan selebihnya mempunyai sebab-sebab lain.
Kaji selidik dikendalikan panel IPSOS dalam talian itu bermula 24 Julai hingga 7 Ogos 2020 melibatkan seramai 19,519 responden yang berusia dalam lingkungan 16 hingga 74 tahun dari 27 negara.
48 peratus rakyat Malaysia yang menolak vaksin risau dengan kesan sampingan vaksin COVID-19
48 peratus rakyat Malaysia yang menolak vaksin risau dengan kesan sampingan vaksin COVID-19
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#Arab Saudi
#Australia
#Britain
#China
#COVID-19
#India
#Ipsos
#Jepun
#koronavirus
#Malaysia
#rakyat
#rakyat Malaysia
#Rusia
#Vaksin COVID19
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan