Hampir seratus peratus peniaga di Pasar Besar Seremban guna beg plastik biodegradasi

Arul Kumar menjawab pertanyaan wartawan pada Kempen Shared Reusable Bag di Pasar Besar Seremban, hari ini. - Gambar Bernama
SEREMBAN: Hampir seratus peratus peniaga di Pasar Besar Seremban beralih kepada penggunaan beg plastik biodegradasi yang lebih mesra alam dan boleh terurai secara semula jadi.
Ringkasan AI
- Peniaga di Pasar Besar Seremban beralih kepada beg plastik biodegradasi yang mesra alam, setuju dengan larangan plastik sekali guna.
- Komitmen peniaga menjadikan pasar contoh terbaik larangan plastik sekali guna di Negeri Sembilan, menunjukkan kejayaan dasar kerajaan negeri.
- Tiada caj dikenakan kepada pembeli bagi beg plastik biodegradasi, namun galakan penggunaan beg guna semula terus diberikan.
"Beg plastik biasanya mengambil masa beratus tahun untuk terurai dan menghasilkan mikroplastik yang akhirnya membahayakan kesihatan manusia serta hidupan laut.
"Sebab itu kita mahu semua peniaga beralih kepada beg biodgradasi, penggunaan beg guna semula dalam kalangan pembeli juga tetap digalakkan," katanya kepada pemberita pada Kempen Shared Reusable Bag di Pasar Besar Seremban di sini hari ini.
Arul Kumar berkata tiada caj dikenakan kepada pembeli bagi setiap beg plastik biodegradasi namun masyarakat tetap digalakkan menggunakan beg guna semula.
Beliau berkata kerajaan negeri turut memasukkan larangan penggunaan plastik sekali guna sebagai syarat permohonan lesen perniagaan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT).
"Kalau ada peniaga masih enggan mematuhi syarat itu, lesen perniagaan mereka boleh dibatalkan. Langkah ini bagi memastikan kelestarian alam sekitar serta kesihatan manusia terjamin," katanya.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


