awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hanipa sedia bantu anak Najib

Astro Awani
Astro Awani
11/07/2018
13:30 MYT
Hanipa sedia bantu anak Najib
Hanipa berkata Najib sepatutnya mengarahkan peguamnya menulis kepada pihak yang berkenaan bagi mengeluarkan sejumlah wang dari akaun yang dibekukan itu. - Gambar fail
Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Mohamed Hanipa Maidin sedia membantu anak perempuan Datuk Seri Najib Razak yang dibekukan akaun peribadinya.
Hanipa berkata Najib sepatutnya mengarahkan peguamnya menulis kepada pihak yang berkenaan bagi mengeluarkan sejumlah wang dari akaun yang dibekukan itu untuk tujuan pembayaran bil.
"Saya tak pasti beliau telah lakukan hal yang saya katakan itu. Jika sudah, kena push lah dan boleh juga tulis surat kat saya atau Yb Menteri di JPM (law). InsyaAllah ,saya akan bincang dengan SPRM tentang perkara itu.
"Jika belum buat, janganlah terus tuduh PH zalim," katanya dalam satu kenyataan lewat hari ini.
Hanipa berkata demikian sebagai mengulas laporan media mengenai kesukaran dialami Puteri Norlisa Najib yang mengalami barah tahap empat.
Utusan Online melaporkan salah seorang anak Najib, Datuk Mohd Nazifuddin berkata tindakan SPRM membekukan akaun menyukarkan kakaknya membayar bil hospital selepas menjalani rawatan kemoterapi untuk barah darah dialaminya.
Topic Berkaitan
#Hanipa Maidin
#Malaysia
#Mohd Nazifuddin Najib
#Najib Razak
#Pakatan Harapan
#Pekan
#Puteri Norlisa Najib
#Sepang
#SPRM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan