awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua PBB minta semua pihak “bertenang” ketika Honduras menanti keputusan pilihan raya
Dua maut dalam letupan rumah jagaan di Pennsylvania
Pegawai, anggota polis antara 77 penjawat awam ditahan terbabit dadah pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hannah kecam ucapan berbaur perkauman bekas pemain pelapis BAM

Bernama
Bernama
13/02/2023
03:25 MYT
Hannah kecam ucapan berbaur perkauman bekas pemain pelapis BAM
Hannah mengulangi pendirian bahawa sukan mesti bebas daripada sebarang unsur perkauman dan politik. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh mengecam sekeras-kerasnya sebarang ucapan perkauman dan pertikaian agama dibangkitkan bekas pemain pelapis Persatuan Badminton Malaysia (BAM) di media sosial baru-baru ini.
Walaupun bekas pemain tersebut telah meminta maaf, Hannah sama sekali tidak bersetuju dengan kenyataan individu yang pernah berada di bawah naungan BAM pada 2004 dan kini dilaporkan tidak menetap di Malaysia.
"Saya percaya ibadat agama tidak pernah mengganggu prestasi atlet dan sukan. Ini tidak pernah menjadi satu masalah di Malaysia," katanya di laman Twitter, hari ini.
Sehubungan itu, beliau sekali lagi mengulangi pendirian bahawa sukan mesti bebas daripada sebarang unsur perkauman dan politik.
"Semua atlet negara merupakan sumber inspirasi kepada masyarakat dan dinasihati berhati-hati dengan kandungan media sosial masing-masing," katanya.
Bekas pemain tersebut dalam satu video mendakwa bahawa prestasi pemain negara merudum pada Terbuka Malaysia 2023 kerana BAM diuruskan oleh orang Melayu selain menyentuh sensitivi umat Islam.
(1) Saya sudah semak dengan @MSNMALAYSIA @BA_Malaysia, beliau bukan lagi atlet negara dan merupakan bekas pemain pelapis percubaan BAM pada tahun 2014 (9 tahun yang lalu) dan kini tidak menetap di Malaysia. pic.twitter.com/2nK1fMJBp4
— Hannah Yeoh (@hannahyeoh) February 13, 2023
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Hannah Yeoh
#perkauman
#bekas pemain pelapis BAM
#pertikaian agama
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan