awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TNB tingkat kesiapsiagaan, pantau risiko bekalan elektrik ketika banjir
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hannah mahu jumpa atlet bincang kebajikan, keperluan

Bernama
Bernama
06/12/2022
04:40 MYT
Hannah mahu jumpa atlet bincang kebajikan, keperluan
Hannah mahu mengadakan perjumpaan dengan para atlet dalam masa terdekat bagi membincangkan hal berkaitan keperluan dan kebajikan mereka.
PUTRAJAYA: Menteri Belia dan Sukan yang baharu, Hannah Yeoh tanpa berlengah, mahu mengadakan perjumpaan dengan para atlet dalam masa terdekat bagi membincangkan hal berkaitan keperluan dan kebajikan mereka.
Bercakap pada sidang media selepas melaporkan diri secara rasmi di Menara KBS di sini, Hannah berkata beliau juga tidak berniat untuk mengganggu proses persediaan atlet dengan mengubah hala tuju mereka secara tiba-tiba.
"Saya tiada hasrat untuk memperkenalkan program-program baharu, saya nak dengar dahulu daripada atlet dan cari jalan untuk perkasakan program sedia ada untuk penggal ini...Supaya atlet itu ada kesinambungan, kalau asyik tukar hala tuju, susah untuk atlet ikut," katanya.
Hannah turut menekankan ketelusan dalam menjalankan tanggungjawab dan akauntabiliti dalam perbelanjaan.
"Kalau ada keperluan, mungkin kita akan paparkan (secara dalam talian mengenai individu dan persatuan yang menerima peruntukan) supaya ada ketelusan, semua orang tahu di mana bajetnya, di mana perbelanjaannya," katanya.
Dalam pada itu, Hannah turut percaya pengalamannya dalam penggubalan Rang Undang-Undang Antigangguan Seksual 2021 (AGS2021) ketika menjawat jawatan Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, turut membantunya dalam meneruskan pembentangan Akta Sukan Selamat.
"Saya telah dengar komen-komen mengenai Akta Sukan Selamat, saya percaya pengalaman dalam penggubalan Rang Undang-Undang Antigangguan Seksual sangat berguna di kementerian ini.
"Saya akan dengar dari pengurusan dulu, berdasarkan penemuan mereka, saya akan beri keutamaan baru," katanya.
Beliau juga tidak berhasrat untuk menghukum mana-mana pemimpin persatuan yang berlainan ideologi politik, tetapi sedia bekerjasama sekiranya individu itu mampu menjalankan tanggungjawab mereka dengan baik.
Antara aspek lain yang akan difokuskan beliau ialah memastikan sukan boleh dicapai bagi semua, menyediakan ruang yang selamat bagi atlet, dan bekerjasama dengan kementerian lain bagi isu-isu melibatkan belia, terutamanya tanpa meminggirkan mereka yang tidak berjaya dalam akademik.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#KBS
#Hannah Yeoh
#jumpa atlet
#Akta Sukan Selamat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan