awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PBB gesa lebih banyak negara terima pesakit Gaza selepas sempadan Rafah dibuka semula
PM Anwar arah AKPS perhebat operasi banteras kegiatan e-waste haram
Isu dana zakat: YDP MAINPP sedia beri keterangan kepada SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hannah Yeoh ucap tahniah pelantikan Nicol David sebagai Pro-Canselor Heriot-Watt University Malaysia

Bernama
Bernama
19/05/2024
09:00 MYT
Hannah Yeoh ucap tahniah pelantikan Nicol David sebagai Pro-Canselor Heriot-Watt University Malaysia
Datuk Nicol David dilantik sebagai Pro-Canselor Heriot-Watt University Malaysia. - Facebook/ Nicol David
KUALA LUMPUR: Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh merakamkan ucapan tahniah kepada Datuk Nicol David atas pelantikan ratu skuasy negara itu sebagai Pro-Canselor Heriot-Watt University Malaysia.
"Congratulations Datuk @NicolDavid!," katanya menerusi catatan di akaun X.
Sementara itu Nicol dalam catatan Instagramnya semalam menyuarakan rasa gembira dengan penghormatan yang diberikan universiti untuk menjadi duta mereka, dan ia pastinya memberi inspirasi kepada belia pada masa hadapan.
Bekas juara dunia lapan kali itu mengaku tidak pernah dalam termimpi bahawa beliau akan menjadi Pro-Canselor mana-mana universiti, dan agak terkejut semasa menerima panggilan daripada Heriot-Watt University Malaysia mengenai tawaran berkenaan baru-baru ini.
Atlet dari Pulau Pinang itu berkata pengiktirafan universiti itu terhadap pencapaiannya dalam sukan, amat mengagumkan.
"Pada masa isu kesihatan mental memerlukan semua sokongan yang boleh kita berikan, saya amat berbangga apabila universiti ini juga mengiktiraf kepentingan untuk mempromosikan sukan dan kesihatan sebagai fokus untuk menggalakkan pelajar menjadi lebih aktif dalam kehidupan mereka dan meningkatkan prestasi mereka dalam pendidikan serta kesejahteraan mental secara keseluruhan.
"Harapan saya adalah untuk melihat lebih ramai pelajar terlibat dalam sukan di seluruh universiti dan ini akan menyumbang kepada pembentukan pelajar yang lebih sihat yang akan dapat komited untuk mencapai impian dan aspirasi mereka sendiri," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Nicol David
#Skuasy
#pro-canselor
#Heriot-Watt University Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan