KOTA TINGGI: Kesal dengan hantaran tular seorang pemilik akaun Facebook yang didakwa menghina Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim baru-baru ini, Kerajaan Johor telah mengarahkan Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) untuk menyediakan draf khutbah solat Jumaat khas berhubung pengisian tanggungjawab mendoakan sesama muslim.
Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Johor Mohd Fared Mohd Khalid berkata hantaran individu terbabit yang mendakwa tidak menadahkan tangan ketika doa dibacakan untuk Yang di-Pertuan Agong selepas khutbah solat Jumaat, dikhuatiri akan mewujudkan budaya yang akan diikuti umum.
"Kita bertanggungjawab untuk mendoakan sesama Muslim dan ia satu kewajipan, apatah lagi kepada pemimpin sebab pemimpin turut mendoakan kita," katanya pada sidang media selepas merasmikan Majlis Pengisytiharan Keputusan Peperiksaan Sijil Darjah Enam Agama (SDEA) di Sekolah Agama Bandar Kota Tinggi di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tentang hantaran tular itu.
"Saya telah pun mengarahkan JAINJ dan kebiasaannya khutbah Jumaat telah pun disiapkan untuk tempoh sebulan tetapi apabila ada isu-isu khas seperti ini, kita akan mohon untuk disiarkan secara khas mengikut keperluan.
"Saya percaya dalam tempoh dua minggu ini draf khutbah tersebut akan dilaksana supaya nanti ia dapat diedarkan kepada semua khatib," katanya.
Pemilik akaun Facebook yang menggunakan nama "Hezry Yasin" dalam hantarannya baru-baru ini mendakwa tidak menadahkan tangan ketika doa dibacakan untuk Yang di-Pertuan Agong dan keluarga diraja selepas khutbah solat Jumaat di sebuah masjid di Johor.
Pemilik akaun itu turut mendakwa doanya hanya diberi kepada pemimpin yang meletakkan agama sebagai nombor satu serta memperjuang dan mempertahan Islam ketika agama diancam.
Semalam, Ketua Polis Johor CP M Kumar dalam kenyataan dilapor sebagai berkata pihaknya telah menerima sebanyak 36 laporan berhubung hantaran itu.
"Kesemua pengadu (babitkan 36 laporan polis) telah dirakam percakapan dengan semua rakaman berkenaan diserahkan kepada Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 16 2024
Mohd Fared berkata hantaran individu terbabit yang mendakwa tidak menadahkan tangan ketika doa dibacakan untuk Yang di-Pertuan Agong selepas khutbah solat Jumaat, dikhuatiri akan mewujudkan budaya yang akan diikuti umum. - Gambar fail
Kes denggi menurun - KP Kesihatan
Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan berkata, tiada kematian akibat komplikasi demam denggi dilaporkan dalam minggu tersebut.
Penduduk Malaysia cecah 34 juta - DOSM
Penduduk Malaysia pada suku tahun pertama 2024 (ST1 2024) dianggarkan berjumlah 34 juta, meningkat 2.3 peratus berbanding suku tahun pertama 2023 (ST1 2023).
AWANI Ringkas: Saman Lim Kit Siang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Universiti seluruh dunia jadi hab sokong perjuangan Palestin
Universiti menjadi hab mega aktivisme bagi pelajar mengangkat perjuangan Palestin dan membantah pembunuhan yang sedang dilakukan oleh Israel dengan sokongan sekutunya, Amerika Syarikat.
Ippo Hafiz gagal hadirkan diri kes tuntutan cerai, hak jagaan anak
-Saya dah failkan kes ini pada Februari, harapnya dia datang lah bagi sebutan kes minggu hadapan supaya boleh selesaikan dengan cara yang baik.
Piala Asia: Kazakhstan calar rekod bersih Malaysia
Skuad hoki dalam dewan wanita alami kekalahan pertama di tangan Kazakhstan, 1-5, pada saingan ketiga Kumpulan A.
Pusat Arkeologi Guar Kepah 98 peratus siap, akan dibuka akhir tahun ini
Pembukaan pada akhir tahun itu setelah mengambil kira fasa pemindahan rangka dan artifak Guar Kepah.
MBPP, MBSP diarah periksa pokok tua
Arahan juga dikeluarkan untuk kedua-dua pihak berkuasa tempatan (PBT) itu menjalankan pemeriksaan pokok secara berkala.
Singapura sedia mengalu-alukan PM baharu pada Rabu
Lawrence Wong, 51, akan menggantikan Lee Hsien Loong, 72, yang telah berkhidmat sebagai perdana menteri sejak tahun 2004.
Agong terima menghadap Panglima Tentera Udara, Laut
Sultan Ibrahim turut berkenan mengajukan pelbagai soalan serta pandangan mengenai perkara-perkara berkaitan TUDM dan TLDM.
PM Anwar sampaikan khutbah Jumaat di ICCNY New York
Anwar pemimpin asing pertama diberi penghormatan menyampaikan khutbah di pusat itu, yang merupakan masjid pertama dibuka di New York.
PM Anwar sampai khutbah Jumaat di masjid New York
Anwar ketuai delegasi Malaysia ke UNGA78 dan akan menyampaikan Kenyataan Negara pada Perbahasan Umum, pada Jumaat.
HAWANA: Sultan Nazrin Shah perkenan pengamal media baca khutbah Jumaat
Sultan Nazrin juga telah menitahkan khutbah Jumaat itu bertemakan 'Kewartawanan: Menyempurnakan Tugas Berlandaskan Nilai-nilai Islam.
Sultan Perak perkenan belia baca khutbah Jumaat, esok
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan golongan belia di negeri ini diberi penghormatan membaca khutbah Jumaat di beberapa masjid di Perak esok.
Sultan Perak perkenan guru diberi penghormatan baca khutbah Jumaat
Sultan Nazrin telah menitahkan supaya khutbah Jumaat di negeri ini bertemakan "Guru Insani: Pemangkin Membangunkan Masyarakat Bertamadun".
'Bukan halang atau susahkan aktiviti belajar agama'
Kebenaran tauliah bertujuan menutup sebarang anasir berbahaya terhadap kefahaman umat Islam di negara.
'Cuti sekolah bukan permulaan untuk anak-anak amal budaya tidak sihat'
Pesanan itu disampaikan menerusi teks khutbah Jumaat di seluruh Perak yang dikeluarkan oleh JAIPk.
PRU15: Perangi rasuah menerusi kertas undi, nilai watak, pendirian calon - Khutbah Jumaat
Masyarakat juga perlu membuktikan tekad itu dengan tidak membenarkan diri dibeli dengan sogokan wang.
Waspada scammer berleluasa, umat Islam perlu peka, jangan mudah terpedaya
Urus niaga berunsur penipuan atau dikenali dengan istilah 'scammer' merupakan jenayah kolar putih bentuk baharu yang semakin berleluasa.
Bimbang ditembak di bumi bergolak, imam berserah kepada Allah
Imam Masjid Darul Muhajirin, daerah Yareng, Pattani, Ishak Daud, akui sememangnya ada perasan bimbang di hatinya serta rakan-rakan imam di daerah lain apabila mengingati tentang hidup serta mati.