awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
PM Anwar gesa kerajaan negeri patuhi keputusan isu rumah ibadat
Nurul Izzah tubuh Jawatankuasa Pengawasan Bebas untuk perkukuh SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hanya 10 peratus tiket umrah dijual kepada jemaah Indonesia - MOTAC

Bernama
Bernama
02/02/2023
09:05 MYT
Hanya 10 peratus tiket umrah dijual kepada jemaah Indonesia - MOTAC
MOTAC berkata 90 peratus kapasiti tiket yang ditawarkan kepada jemaah Malaysia dilihat mencukupi untuk ditempah oleh agensi umrah tempatan. - Fail
PUTRAJAYA: Amal by Malaysia Airlines, cabang penerbangan haji dan umrah yang dikendalikan Malaysia Airlines, hanya menjual 10 peratus daripada jumlah keseluruhan kapasiti tiket umrah kepada jemaah Indonesia, demikian menurut Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC).
MOTAC dalam kenyataan hari ini memaklumkan 90 peratus kapasiti tiket berkenaan ditawarkan kepada jemaah Malaysia dan dilihat mencukupi untuk ditempah oleh agensi pengurusan umrah tempatan yang dilesenkan kementerian itu.
"Dakwaan yang menyatakan bahawa wujudnya monopoli kepada beberapa syarikat tertentu dan kelebihan diberikan kepada jemaah Indonesia adalah tidak benar sama sekali," menurut MOTAC.
Baru-baru ini tular dakwaan terdapat agensi umrah memonopoli pembelian tiket penerbangan secara pukal dan menjual sebahagian besar tiket penerbangan umrah itu kepada jemaah negara jiran.
Pihak terbabit turut mendakwa situasi itu menjadi antara punca berlaku kesukaran mendapatkan tiket penerbangan bagi mengerjakan umrah dan secara tidak langsung menyebabkan kos pakej umrah meningkat.
Mengambil maklum isu terbabit, MOTAC memaklumkan telah mengadakan mesyuarat yang dipengerusikan Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Khairul Firdaus Akbar Khan dengan dihadiri wakil daripada kementerian berkaitan termasuk persatuan pengendali pelancongan yang dilesenkan MOTAC, pada Selasa lepas.
Menurut MOTAC mesyuarat tersebut memutuskan agar pihak Amal meneliti semula keseragaman pembahagian tiket penerbangan umrah bagi memastikan semua syarikat pengendali umrah tempatan yang dilesenkan mendapat peluang yang terbuka.
"Langkah ini juga bertujuan memberi manfaat secara langsung kepada orang ramai yang ingin mengerjakan umrah," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#umrah
#jualan tiket penerbangan
#MOTAC
#jemaah Indonesia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan