IPOH: Laporan kesan advers susulan imunisasi (AEFI) ke atas penerima vaksin COVID-19 di Perak bagi kanak-kanak hanya membabitkan empat kes sehingga 18 Ogos 2022.
Exco Kesihatan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Perak, Mohd Akmal Kamarudin berkata, kes paling tinggi membabitkan dewasa sebanyak 135.
Menurutnya, bagi remaja pula, sebanyak 23 kes dicatatkan dalam tempoh yang sama.
"Di Perak sepanjang Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) dilaksanakan untuk kanak-kanak tak banyak. Ada empat kes keseluruhan.
"Sehingga 18 Ogos 2022, jumlah keseluruhan bilangan kes AEFI COVID-19 yang dikategorikan serius adalah sebanyak 152 kes," katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan perasmian penutup Program Central Forest Spine Showcase Bersama Pemegang-pemegang Taruh Peringkat Negeri Perak di Pusat Konvensyen Casuarina @ Meru, di sini pada Khamis.
Pada 5 Ogos lalu, Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan hanya menerima 31 kes AEFI yang diklasifikasikan sebagai serius membabitkan kanak-kanak, setakat ini.
Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berkata, jumlah itu diperoleh daripada keseluruhan 1.76 juta atau 49.8 peratus kanak-kanak berusia lima tahun hingga 11 tahun yang sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin COVID-19.
Menurutnya, kesemua kes AEFI serius itu bagaimanapun telah pulih dan dibenarkan pulang selepas menerima rawatan lanjut di hospital. -Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Aug 19 2022
Mohd Akmal (tengah) ketika menyempurnakan perasmian penutup Program Central Forest Spine Showcase Bersama Pemegang-pemegang Taruh Peringkat Negeri Perak di Pusat Konvensyen Casuarina @ Meru, di sini pada Khamis. -Foto Sinar Harian
Kaka Azraff kongsi sebab tertarik sertai rancangan The Hardest Singing Show
Kaka turut melihat bahawa rancangan ini sebagai platform yang baik untuk melebarkan lagi sayap bakatnya dalam bidang persada seni suara.
JS-SEZ: Johor cadang wujud dasar kekang spekulasi lonjakan harga hartanah
Kerajaan Negeri Johor bercadang untuk mewujudkan dasar bagi mengekang spekulasi mengenai lonjakan harga hartanah susulan pelaksanaan Zon Ekonomi Khas Johor - Singapura (JS-SEZ).
69,000 pengguna di Daerah Barat Daya Pulau Pinang alami gangguan bekalan air
Perkhidmatan bekalan air untuk kira-kira 69,000 pengguna di Daerah Barat Daya Pulau Pinang terjejas berikutan masalah bekalan elektrik.
Orang ramai beri penghormatan terakhir buat mendiang Mutang
Lintas langsung wakil Astro AWANI Sarawak, Rudi Affendi Khalik dari Miri bagi upacara penghormatan terakhir Yang Dipertua Dewan Negara, mendiang Datuk Mutang Tagal.
Kerajaan negeri diseru pinda enakmen berkaitan hutan, masukkan kaedah penyiasatan awam
Semua kerajaan negeri diseru untuk melaksanakan pindaan terhadap enakmen berkaitan hutan negeri masing-masing dengan memasukkan kaedah penyiasatan awam,
Bilangan ahli UMNO bertambah walaupun selepas pemutihan
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan, bilangan ahli parti itu semakin bertambah biarpun selepas melakukan langkah pemutihan melibatkan ahli-ahli yang telah meninggalkan parti itu.
Ketakutan kepada PAS, faktor PN tak dapat undi bukan Melayu
Bagaimanapun, Hisomuddin berkata kemenangan calon Kerajaan Perpaduan di Kuala Kubu Baharu tidak boleh disimpulkan dengan naratif bahawa orang Melayu 'kembali' menyokong gabungan berkenaan.
UMNO kian kukuh, keahlian terus bertambah - Ahmad Zahid
Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata parti pimpinannya itu kian kukuh, di sebalik pelbagai tohmahan dilontarkan pihak tertentu.
Terengganu FC menang, tetapi Steinbrukner tidak puas hati prestasi
Ketua Jurulatih Terengganu FC (TFC), Tomislav Steinbruckner menganggap anak buahnya tidak mencapai tahap diharapkan, meskipun meraih kemenangan 3-1 ke atas Perak FC pada perlawanan pembukaan liga super di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin pada Sabtu.
Permulaan kebangkitan Syafiq Ahmad
Penyerang Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Syafiq Ahmad bertekad untuk menampilkan persembahan lebih tajam supaya dapat kembali membarisi skuad Harimau Malaya.
Kerajaan jamin sediakan rawatan kesan sampingan vaksin COVID-19 termasuk AstraZeneca - Dzulkefly
Kerajaan memberi jaminan akan menyediakan rawatan susulan bagi penerima vaksin COVID-19 termasuk AstraZeneca yang terbukti mengalami kesan sampingan.
KKM keluar kenyataan berkaitan vaksin AstraZeneca dalam masa terdekat
KKM akan mengeluarkan kenyataan berhubung isu penarikan balik vaksin COVID-19 keluaran AstraZeneca dalam masa terdekat.
Isu tunggakan cetakan MyKid bakal selesai Julai ini - JPN
Isu cetakan MyKid yang tertunggak akibat masalah perolehan bekalan mikrocip semasa pandemik COVID-19 lalu dijangka dapat diselesaikan pada Julai ini secara berperingkat di seluruh negara.
Program Jana Wibawa dilaksana selepas dapat persetujuan Jemaah Menteri - Saksi
Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu bahawa cadangan mengenai Jana Wibawa telah dibawa ke mesyuarat untuk pertimbangan sebelum Jemaah Menteri memutuskan supaya program itu diteruskan pada 2020.
Kelaparan akut jejaskan 281.6 juta orang tahun lepas - PBB
Tahap bahaya kelaparan akut menjejaskan 281.6 juta orang tahun lepas, tahun kelima berturut-turut bahawa ketakjaminan makanan semakin memburuk.
Hamilton optimis kedudukan lebih baik di GP China
Lewis Hamilton melihat potensi kedudukan yang lebih baik dalam saingan Grand Prix yang kembali ke China buat pertama kali dalam tempoh lima tahun, hujung minggu ini.
'Selfish!' - Fasha Sandha sedih raya di Perlis tak jadi gara-gara dijangkiti COVID-19
Fasha berkata dia mula melakukan pemeriksaan COVID-19 selepas berasa tidak sihat badan dan mengalami bersin tidak henti sejak Raya pertama.
Kes COVID-19 catat penurunan ketara pada ME 14/2024 - KKM
Jumlah kes COVID-19 menurun 97.1 peratus kepada 493 kes pada Minggu Epidemiologi ke-14 (ME 14/2024) iaitu bagi tempoh 31 Mac hingga 6 April lepas berbanding 17,256 kes pada ME 1/2024.
China jadikan pengalaman pencegahan COVID-19 untuk hadapi pandemik masa depan
China akan menjadikan pengalaman dalam pencegahan dan kawalan COVID-19 untuk membuat persediaan yang lebih proaktif untuk menghadapi pandemik masa depan seperti "Penyakit X".
Negara berdepan ketirisan subsidi diesel serius - Amir Hamzah
Negara kini sedang berdepan isu ketirisan subsidi diesel yang serius dan wujud kemungkinan terdapat pihak yang tidak layak masih menikmati subsidi itu, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah.