awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hanya 6.3 peratus atau 2.1 juta rakyat ada ilmu asas pertahanan awam

Bernama
Bernama
24/03/2023
21:00 MYT
Hanya 6.3 peratus atau 2.1 juta rakyat ada ilmu asas pertahanan awam
Armizan ketika sidang media pada Majlis Sambutan Hari Ulang Tahun Pertahanan Awam Ke-71 di Pusat Konvensyen Bangi Avenue, Bangi, 24 Mac 2023. --fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Hanya 2.1 juta individu atau 6.3 peratus keseluruhan rakyat negara ini mempunyai ilmu asas pertahanan awam.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas) Datuk Armizan Mohd Ali, berkata kerajaan mahu meningkatkan kadar kepada 10 peratus rakyat diberikan latihan asas pertahanan awam seperti ditetapkan oleh Pertubuhan Pertahanan Awam Antarabangsa (ICDO)
"ICDO menyarankan sekurang-kurangnya 10 peratus rakyat setiap negara mesti mempunyai ilmu asas ini namun perjalanan kita bagi mencapai sasaran itu masih jauh lagi," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Sambutan Ulang Tahun Pertahanan Awam ke-71 di Bangi Avenue Convention Centre (BACC), di Bangi, dekat sini, pada Jumaat.
Katanya, mereka yang telah diberi latihan asas pertahanan awam boleh menjadi sukarelawan, sekali gus mengurangkan kebergantungan terhadap petugas tetap Angkatan Pertahanan Awam (APM).
Pada majlis tersebut, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, ditauliahkan sebagai Pesuruhjaya Kehormat Pertahanan Awam serta pengumuman penubuhan 12 pasukan Bantuan Pertahanan Awam (CDA) berdasarkan tiga skop bantuan utama iaitu latihan, kepakaran dan pelbagai.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Armizan Mohd Ali
#ilmu asas pertahanan awam
#sukarelawan
#angkatan pertahanan awam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan