MALAYSIA
Hanya Eda Ezrin, Nur Aida dibenarkan pulang hari ini

Eda Ezrin, suami dan rakan-rakan tiba di Depot Tahanan Imigresen Golok menaiki trak pikap pada jam 5 waktu tempatan.
GOLOK, THAILAND: Penyanyi wanita terkenal Kelantan, Eda Ezrin atau nama sebenarnya Wan Norshaheeda Azlin Wan Ismail, 30, dan rakan, Nur Aida Mamat, 33, dibenarkan pulang ke Kelantan pada malam Khamis.
Ringkasan AI
- Penyanyi Eda Ezrin dan rakannya Nur Aida Mamat dibenarkan pulang ke Kelantan selepas dibebaskan dari Penjara Pusat Wilayah Narathiwat, namun suami Eda dan tiga individu lain masih ditahan di Depot Tahanan Imigresen Sungai Golok kerana belum melengkapkan dokumentasi.
- Pembebasan mereka berlaku selepas Mahkamah Thailand menolak permohonan pendakwa raya untuk melanjutkan tempoh rayuan buat kali keenam.
- Polis Kelantan memaklumkan bahawa Eda Ezrin, suaminya dan empat rakannya akan ditahan semula sejurus tiba di Kelantan bagi tujuan rakaman percakapan.
Menurut jurucakap itu lagi, kesemua mereka akan ditempatkan Depot Tahanan Imigresen Sungai Golok.
Kesemua mereka menaiki trak pikap tiba di Depo Tahanan Imigresen Thailand pada jam 5 waktu tempatan.
Terdahulu, Eda Ezrin bersama suami dan empat rakan dibebaskan sepenuhnya dari tahanan Penjara Pusat Wilayah Narathiwat di sini pada Rabu selepas Mahkamah Thailand menolak permohonan pendakwa raya untuk melanjutkan tempoh rayuan buat kali keenam.
Sinar Harian pada Khamis turut melaporkan bahawa polis akan menahan semula Eda Ezrin, suaminya, serta empat lagi rakannya sejurus mereka masuk ke Kelantan.
Menurut Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat, penahanan itu bertujuan merakam percakapan. - Sinar Harian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami