KUALA LUMPUR: Hanya seorang daripada lima pesakit hipertensi berjaya mengawal penyakit itu, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
Beliau berkata ia menjadikan 80 peratus daripada pesakit hipertensi terdedah kepada risiko komplikasi yang parah termasuk serangan jantung, strok, degupan jantung tidak teratur dan kerosakan buah pinggang.
Selain itu, Dr Noor Hisham berkata Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) 2019 serta Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan kira-kira separuh pesakit tidak mengetahui mereka menghidap penyakit hipertensi.
"Sehubungan itu, Hari Hipertensi Sedunia 2022 ini disambut bertemakan 'Tekanan Darah Terkawal, Hidup Lebih Sejahtera' bagi meningkatkan kesedaran dan kepentingan mengawal tekanan darah dalam kalangan masyarakat," menurutnya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata bagi mengukuhkan aktiviti saringan kesihatan dalam kalangan rakyat, Kementerian Kesihatan (KKM) dengan kerjasama pelbagai kementerian dan agensi akan menganjurkan Inisiatif Saringan Kesihatan Kebangsaan bermula Julai ini.
Dr Noor Hisham berkata melalui program itu, KKM berharap orang ramai tampil untuk menjalani saringan kesihatan supaya pencegahan dan kawalan penyakit dapat dilakukan lebih awal.
Beliau berkata sempena Hari Hipertensi Sedunia tahun ini, KKM turut menyeru masyarakat agar mengambil langkah-langkah C.E.R.D.I.K iaitu cergaskan diri dengan melakukan aktiviti fizikal atau senaman pada intensiti sederhana sekurang-kurangnya 30 minit sehari, lima hari seminggu.
Katanya selain itu, elakkan pengambilan alkohol kerana pengambilan secara berlebihan dikaitkan dengan penyakit hipertensi, berhenti merokok dan jangan mula merokok bagi yang tidak merokok serta amalan diet seimbang dengan konsep Pinggan Sihat Malaysia serta mengehadkan pengambilan garam tidak melebihi satu paras sudu teh sehari bagi mengurangkan risiko hipertensi, sakit jantung dan strok.
Masyarakat juga diseru agar mencapai dan mengekalkan berat badan ideal kerana jika berlebihan boleh meningkatkan risiko hipertensi, serta mengurus dan menangani tekanan dengan baik secara tidak langsung mengurangkan tekanan darah tinggi seterusnya mencegah komplikasi.
KKM berharap sambutan Hari Hipertensi 2022 akan meningkatkan tahap kesedaran dan pengetahuan orang ramai terhadap kepentingan pemeriksaan tekanan darah dan bahaya penyakit itu kepada kesihatan dan seterusnya mengubah tingkah laku untuk mencegah serta mengawal penyakit hipertensi.
"Cakna status kesihatan kendiri dan amalkan langkah-langkah C.E.R.D.I.K kerana kesihatan adalah milik kita semua. Kawal tekanan darah agar hidup lebih sejahtera," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 18 2022

Dr Noor Hisham berkata, KKM dengan kerjasama pelbagai kementerian dan agensi akan menganjurkan Inisiatif Saringan Kesihatan Kebangsaan bermula Julai ini. - Gambar fail

Sindiket nikah 'Ustaz Zul' tumpas
Seramai 16 individu termasuk isteri dan anak kepada lelaki terbabit yang mendakwa dirinya sebagai jurunikah bertauliah ditahan.

Rafizi dinasihat tidak terlalu obsesi kejar jawatan
Syed Badli Shah juga menggesa audit forensik diadakan secara menyeluruh terhadap keputusan pemilihan termasuk undi dalam talian.

Kedai di Kampung Masjid Iboi terbakar
Kebakaran memusnahkan lebih 80 peratus rumah kedai kelas A terbabit.

Banjir Baling: Nurul Anis sempat pilih nama anak dalam kandungan
Nurul Anis memilih nama Muhammad Aidan yang membawa maksud anak lelaki penuh semangat, berakhlak dan tegas.

Banjir Baling: Jumlah mangsa menurun
Sebanyak 159 mangsa daripada 50 keluarga masih ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jerai.

Galtier dinamakan jurulatih baharu PSG, Pochettino ucap selamat tinggal
Galtier kini ditugaskan untuk menamatkan penantian gelaran PSG dalam Liga Juara-Juara Eropah.

Niaga AWANI: Ekonomi | Impak kenaikan OPR kepada pinjaman
Bank Negara Malaysia (BNM) dijangka menaikkan kadar dasar semalaman (OPR) pada 25 mata asas bagi mengawal inflasi barangan, kata Perancang Kewangan Berlesen, Rafiq Hidayat Mohd Ramli. Menurut, ada kemungkinan besar bank akan menghantar surat kepada peminjam kadar berubah mengenai bayaran bulanan naik susulan jangkaan kenaikan OPR itu.

Suspek tikam ibu kandung direman 7 hari
Penahanan reman terhadap lelaki itu dikeluarkan bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
Ringgit dibuka rendah berbanding dengan dolar AS memandangkan dolar terus mengukuhkan daya tarikannya sebagai mata wang selamat.

Niaga AWANI: Segera batalkan pengharaman eksport ayam
Sekatan eksport ayam ke Singapura hanya akan menyebabkan kehilangan pasaran sedia ada sekiranya ia berlanjutan, seterusnya merugikan negara ini, kata Penasihat Persekutuan Persatuan Penternak Malaysia (FLFAM), Datuk Jeffrey Ng.

Hanya seorang daripada lima pesakit hipertensi berjaya kawal penyakit - Dr Noor Hisham
Hanya seorang daripada lima pesakit hipertensi berjaya mengawal penyakit itu, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

COVID-19: Singapura catat kematian ke-23
Kematian terbaharu itu membabitkan seorang lelaki Singapura berusia 73 tahun yang meninggal dunia di Pusat Penyakit Berjangkit Kebangsaan.

Singapura catat kematian ke-16
Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) menyatakan pesakit yang dilabelkan sebagai kes 2728, meninggal dunia pada 1 Mei di Pusat Penyakit Berjangkit Kebangsaan.

COVID-19: Angka jangkitan kini melebihi 1.5 juta di seluruh dunia
Jangkitan coronavirus global telah melebihi 1.5 juta orang pada masa semua kerajaan di seluruh dunia berjuang untuk mengawal pandemik COVID-19

COVID-19: Pihak swasta digalak sedia mesin pengimbas suhu badan
Perkara itu dilihat dapat membantu kerajaan mengekang penularan jangkitan COVID-19.

Diabetes antara punca utama kematian di Malaysia
Diabetes melitus adalah satu daripada 10 penyebab utama kematian yang disahkan secara perubatan pada 2018, menurut Buletin Perangkaan Sosial Malaysia 2019.

Diabetes, hipertensi dan hyperlipidaemia paling mendadak dalam kalangan generasi muda
Kaji selidik itu juga menganggarkan sebanyak 17.7 peratus rakyat Malaysia mempunyai indeks jisim tubuh (BMI) obes.

Penyakit tidak berjangkit di Malaysia pada tahap membimbangkan - Dr Dzulkefly
Peratus dewasa yang mengalami diabetes meningkat dari 8.3 peratus pada tahun 1996 kepada 17.5 peratus pada 2015.

Pengambilan garam kalangan rakyat Malaysia tinggi - Dr Lee
Beliau berkata kajian pengambilan garam populasi Malaysia (My CoSS 2017/2018) mendapati bahawa purata pengambilan garam sehari adalah sebanyak 7.9 gram atau bersamaan dengan 1.6 sudu teh garam.

5.8 juta rakyat berusia 18 tahun ke atas mengidap hipertensi
Kira-kita 32.7 peratus atau 5.8 juta rakyat negara ini yang berumur 18 tahun dan ke atas kini mengidap hipertensi.