KUALA LUMPUR: Hanya vaksin Pfizer-BioNTech akan diberikan kepada ibu mengandung, kata Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Beliau memberitahu, vaksin akan diberi pada tempoh kandungan 14 hingga 33 minggu.

Pengesyoran itu katanya adalah berdasarkan kumpulan pakar Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

"Atau mereka disyorkan ditangguhkan sehingga tempoh kehamilan. Sementara bagi ibu yang menyusu pun adalah sesuai diberikan vaksinasi," katanya dalam sidang akhbar Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) di sini, pada Isnin.

Mengulas lanjut, Khairy berkata, beliau telah meminta hospital dan pakar ibu dan anak supaya memberi keutamaan vaksin Pfizer kepada ibu menandung dalam tempoh kandungan 14 hingga 33 minggu.

Beliau turut menjelaskan, ibu mengandung atau yang sedang menyusu, yang telah mendaftar untuk mendapatkan vaksin menerusi aplikasi MySejahtera perlu berkordinasi dengan KKM.



[SIDANG MEDIA] Perkembangan Program Imunisasi COVD-19 Kebangsaan [17 Mei 2020]