SIMANGGANG (Sarawak): Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) menetapkan harga lantai belian padi di Sabah dan Sarawak mulai 15 Feb depan kepada RM1,300 per tan metrik.
Menterinya Datuk Seri Mohamad Sabu berkata penetapan itu, untuk meningkatkan pengeluaran beras negara dan menyeragamkan harga lantai belian padi di kedua buah negeri itu dengan Semenanjung.
"Pada masa ini, harga belian padi di Sabah dan Sarawak agak rendah, iaitu sekitar RM900 hingga RM1,100. Penetapan ini mampu membantu menambah pendapatan pesawah sekali gus menggalakkan pesawah untuk meningkatkan pengeluaran padi," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis sempena lawatan ke Jelapang Padi Batang Lupar di Dewan Nangkai Stumbin di sini, semalam yang turut dihadiri Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Arthur Joseph Kurup, Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak Datuk Dr Abdul Rahman Ismail dan Pengerusi Sri Aman Development Agency (SADA) Datuk Seri Rohani Abdul Karim.
Mohamad berkata untuk jangka panjang, kerajaan perlu memperkukuhkan sekuriti makanan negara, iaitu memberi tumpuan kepada peluasan kawasan tanaman padi di Sabah dan Sarawak dengan memperluaskan program SMART Sawah Berskala Besar (SMART SBB) Ala Sekinchan ke seluruh negara dan perluasan lagi kawasan jelapang padi baharu.
"Program SMART SBB di Sarawak telah dilaksanakan secara rintis di bawah seliaan Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA) Batang Lupar, dengan usahasama strategik Syarikat Padiberas Nasional Berhad (BERNAS) dan Syarikat Advansia (Sarawak) Sdn. Bhd, membabitkan kawasan seluas 72 hektar di Tanjung Bijat, Sri Aman bermula luar musim tahun 2021.
"Seramai 202 orang pesawah telah memberanikan diri untuk menggalas perubahan dan inovasi ini. Jenis varieti padi yang digunakan di bawah program SMART SBB di Batang Lupar ini ialah MR269, keluaran Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), yang dibawa masuk khas dari Semenanjung.
"Projek ini telah merekodkan prestasi purata bersih tuaian yang sangat memberangsangkan pada musim dua tahun 2023, iaitu 5.5 tan per hektar berbanding 2.8 tan per hektar sebelum ini," katanya.
Beliau menambah sasaran kerajaan untuk meningkatkan Tahap Sara Diri Beras Negara, akan mampu mencapai 80 peratus menjelang 2030 berbanding pencapaian semasa sebanyak 62.6 peratus.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 08 2024
Mohamad (kiri) dan Joseph Kurup pada Program Lawatan Kerja Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan di Jelapang Padi Batang Lupar, Sri Aman, 8 Feb 2024. -- fotoBERNAMA
[LAPOR LANGSUNG] Suspek serangan Balai Polis Ulu Tiram tiada kaitan kumpulan pengganas - KPN
Berita terkini insiden serangan Balai Polis Ulu Tiram yang mengorbankan dua anggota polis dan mencederakan seorang yang lain, pada Sabtu.
Filem terbaharu ‘The Experts’ tampil pelakon hebat, genre berlainan buat peminat
Filem dengan idea original ini menampilkan kisah fiksyen tentang rompakan yang melibatkan sebentuk cincin permata.
Dua tahun di Ulu Tiram, pulang ke sini jasad terbujur kaku’ - Bapa
Dia tidak menitiskan air mata sepanjang berada di Johor Bahru bagi menyelesaikan urusan jenazah anak keempat daripada lapan itu.
Malaysia, Uzbekistan akan tingkatkan kerjasama ekonomi - Tengku Zafrul
Malaysia dan Uzbekistan akan memperbaharui komitmen mereka untuk mengukuhkan hubungan ekonomi sempena hubungan diplomatik selama empat dekad.
Bimbang hilang suami antara faktor wanita tidak jalani saringan kanser
Bimbang kehilangan suami dan menjadi beban kepada keluarga antara faktor menyebabkan ramai wanita di Kelantan tidak menjalani saringan awal kanser yang disediakan LPPKN di negeri ini.
SUKMA-21: Sarawak mahu cipta rekod untuk naik imej sebagai kuasa sukan
Sarawak selaku tuan rumah temasya Sukan Malaysia (SUKMA) edisi ke-21 yang berlangsung bermula 17 Ogos ini, mahu mencipta rekod kejohanan untuk menaikkan imejnya sebagai kuasa sukan di negara ini.
Kelantan warta garis panduan baharu sukan Muay Thai - Exco
Kerajaan Kelantan sudah mewartakan garis panduan baharu berhubung sukan Muay Thai di negeri itu untuk diperkasakan dan dibangunkan semula bagi melahirkan atlet bertaraf dunia.
Pertumbuhan ekonomi rantau APEC dijangka cecah 3.4 peratus pada 2024 - Laporan
Pertumbuhan ekonomi di negara-negara Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) dijangka mencecah 3.4 peratus pada 2024 dan perlahan kepada 2.9 peratus pada 2025-2026.
Tempoh permohonan sertai Sidang Belia Wilayah Persekutuan dilanjut hingga 31 Mei
Tempoh permohonan keahlian Sidang Belia Wilayah Persekutuan (SBWP) dilanjutkan hingga 31 Mei ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa.
Sembilan pemain skuad juara 2022 perkuat cabaran Malaysia di Piala Asia 2024
MHC mengekalkan sembilan pemain daripada skuad 2022 yang membawa Malaysia muncul juara edisi lepas bagi menggalas tugas mempertahankan kejuaraan Piala Asia 2024 di Taldykorgan, Kazakhstan.
KKDW kenal pasti tanah di Kota Belud, Sri Aman untuk tanaman padi
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) sedang menjalankan penilaian tanah di Kota Belud, Sabah dan Sri Aman, Sarawak yang dijangka sesuai bagi projek penanaman padi.
Selepas 5 tahun, Sheila Majid bakal kembali dengan konsert mega 2023?
Selepas konsert terakhir lima tahun lalu, peminat setia pasti tidak sabar menanti untuk mengubat kerinduan terhadap figura ini.
Padi bakal kongsi pentas dengan Sheila Majid
Bila dua nama besar dari dua negara bergabung, tentu sekali ramai yang teruja!
Band popular Indonesia Padi rai ulang tahun ke-25 dalam konsert di Malaysia
Sempena ulang tahun jubli perak band popular Indonesia, Padi Reborn bakal rai ulang tahun ke-25 dalam konsert di Malaysia.
PPBMM gesa kerajaan buat kiraan, rekod stok beras secara fizikal
PPBMM mempersoalkan di manakah stok simpanan beras Negara disimpan dan bagaimanakah mekanisme pengedaran stock beras dilaksanakan.
Didakwa bernikah senyap-senyap dengan Rossa, ini penjelasan Afgan
Kalau dua-dua dah single apa salahnya... Jangan tunggu lama-lama nanti diambil orang.
Tuai Padi (Reborn) antara mata dan telinga
Secara keseluruhanya konsert ini amat berjaya dan menghiburkan, rata-rata yang hadir tersenyum kepuasan.
Bagai sesuatu yang tertunda, Padi muncul selepas sepi selama 7 tahun
Deretan hit klasik seperti Mahadewi, Sesuatu Yang Tertunda, Menanti Sebuah Jawaban, Begitu Indah atau Kasih Tak Sampai pasti akan diperdengarkan.
Rossa buka hijab kurang disenangi peminat
Rossa teguh memegang pendiriannya dengan membuka hijab tidak lama selepas mengerjakan haji walaupun ianya tidak disenangi para peminatnya.