KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan menetapkan harga maksimum ayam di peringkat pemborong dalam masa beberapa hari lagi sebelum menetapkan harga itu di peringkat peruncit.
Menteri berkenaan Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata libat urus bersama pihak penternak ayam telah dilaksanakan dan memberi jaminan menggunakan akta sedia ada bagi menetapkan harga di kedua-dua peringkat itu.
"...dengan kepastian di harga ladang itu, (ia) sudah kita selesaikan bersama mereka, jadi dalam masa beberapa hari ini kita akan gunakan akta, kita tegas untuk letakkan harga maksimum di peringkat borong, kemudian barulah di peringkat peruncit untuk membantu peniaga-peniaga ini juga," katanya ketika menjawab usul Datuk Seri Salahuddin Ayub (PH-Pulai) pada sesi Kamar Khas di Dewan Rakyat hari ini.
Semalam, Persekutuan Persatuan Penternak-penternak Malaysia (FLFAM) memberi komitmen untuk mengekalkan harga ayam dan telur sepanjang Disember ini.
Beberapa media sebelum ini melaporkan harga ayam dan telur melonjak disebabkan peningkatan kos pengeluaran yang dihadapi penternak.
Sementara itu, Nanta berkata kementerian amat prihatin dengan nasib peniaga yang terkesan dengan kenaikan harga di peringkat borong sehingga menyebabkan mereka terpaksa menaikkan harga barang yang dijual kepada pengguna.
"Janganlah cakap kita menganiaya peniaga dan penjaja kecil, dalam jawapan saya kepada Yang Berhormat Bagan (Lim Guan Eng), jelas, sebab tu kita tidak tergesa-gesa untuk menetapkan harga maksimum selain di luar musim perayaan. Sebab kita tahu mereka kini terkesan sebab PKP (Perintah Kawalan Pergerakan), kita jamin akan pertimbangkan semua pihak, pengguna dan peniaga," katanya.
Terdahulu, Salahuddin berkata usul itu dibawa selepas menerima surat rayuan supaya harga barangan dapat diturunkan daripada seorang peniaga kecil, Syamsuri Mohd Zain di perkarangan Parlimen untuk diserahkan kepada KPDNHEP.
"Perkara ini perlu disegerakan kerana isu kenaikan harga barang asas secara mendadak seperti yang dilaporkan oleh akhbar rasmi dan saya juga telah mendengar banyak rintihan dan aduan daripada orang ramai.
"Ia juga melibatkan kepentingan orang ramai memandangkan kenaikan harga barang asas tanpa kawalan ini menjejaskan kos sara hidup dan memberi tekanan bukan sahaja kepada pengguna bahkan kepada golongan peniaga kecil," katanya.
Usul itu turut dibahaskan oleh Datuk Mahfuz Omar (PH-Pokok Sena) dan Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail (PH-Kulim Bandar Baharu).
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 02 2021
Nanta berkata libat urus bersama pihak penternak ayam telah dilaksanakan dan memberi jaminan menggunakan akta sedia ada bagi menetapkan harga di kedua-dua peringkat itu. - Gambar/ Bernama
Raja Charles III lawat mercu tanda ikonik Battersea Power Station
Raja Charles III meluangkan masa melawat Battersea Power Station, lokasi ikonik di tebing Sungai Thames, pada Khamis untuk menyaksikan pelbagai aktiviti sempena musim perayaan dan bertemu pemilik perniagaan kecil serta komuniti setempat.
Jualan kenderaan hibrid elektrik dan plug-in sepenuhnya meningkat
Jualan global bagi kenderaan jenis hibrid elektrik dan plug-in sepenuhnya meningkat untuk bulan ketujuh berturut-turut pada bulan November.
Polis tahan Papagomo berkaitan kes tipu kutipan dana
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu untuk siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan berkaitan kes tipu.
Kanada akan bertindak sekiranya Trump teruskan ancaman tarif
Kanada berupaya memotong bekalan tenaga ke beberapa bahagian di Amerika Syarikat jika Presiden Terpilih Donald Trump meneruskan ancaman mengenakan tarif ke atas Kanada.
Sidang kerja ekonomi pusat China atur pelan kerja 2025
Presiden China Xi Jinping dalam ucapannya pada sidang itu merumuskan kerja ekonomi China sepanjang 2024, di samping menganalisis situasi ekonomi semasa, selain mengaturkan kerja ekonomi pada 2025.
Gaji penengah Malaysia belum cukup tangani cabaran kos sara hidup
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Strategic Counsel, Hafidzi Razali, walaupun gaji penengah rakyat, RM2,700 kelihatan memadai di atas kertas, tetapi hakikatnya, lebih separuh rakyat Malaysia bergelut dengan bebanan hidup dan sukar mencapai kualiti asas hidup yang baik. Katanya, masalah ini perlu diatasi secara menyeluruh untuk memastikan rakyat benar-benar merasai manfaat pembangunan negara.
Prospek neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025, mencerminkan kekuatan lembaran imbangan mereka dan prospek pertumbuhan stabil dan sebahagian besarnya mengimbangi turun naik dan ketidaktentuan global terhadap pembangunan ekonomi dan geopolitik.
Pemulihan sektor pelancongan, permintaan pengguna dijangka meningkat
Permintaan pengguna dijangka akan meningkat pada tahun hadapan susulan pemulihan sektor pelancongan.
Keuntungan industri penerbangan global dijangka terus kukuh pada 2025
Industri penerbangan global diunjur memperkukuh keuntungan pada 2025 dengan keuntungan bersih 36.6 bilion Dolar Amerika atau RM161.8 bilion.
Bapa jenazah bayi dibekukan lapor polis
Laporan itu dibuat Safwan Roshdy, 22, pada jam 2.15 pagi terhadap sebuah hospital swasta di Klang, Selangor kerana didakwa melengahkan proses menguruskan jenazah bayi berkenaan.
KPDNHEP sahkan berlaku kenaikan harga ayam pada 4 hingga 19 Jun
Harga ayam naik antara 10 sen dan RM1.50 dalam tempoh antara 4 Jun hingga 19 Jun lepas berdasarkan maklum balas diberikan peniaga, kata KPDNHEP.