Harga minyak masak paket 1 kilogram (kg) kekal RM2.50 tetapi minyak masak dalam botol akan dijual mengikut harga pasaran berkuat kuasa 1 Nov ini.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hamzah Zainudin ketika mengumumkan perkara itu hari ini berkata kadar itu berikutan penstrukturan semula Skim Penstabilan Harga Minyak Masak (COSS).
Katanya penstrukturan semula minyak masak itu dilakukan berikutan kenaikan harga minyak sawit yang diproses (olein) dari RM2,341 satu tan pada Januari tahun lepas kepada hampir RM3,000 satu tan sekarang.
Beliau menjelaskan tanpa penstrukturan semula minyak masak itu, kerajaan terpaksa menambah perbelanjaan hampir RM100 juta sebulan untuk menanggung subsidi minyak masak bagi November dan Disember berikutan kenaikan harga minyak sawit yang diproses.
"Kerajaan mengekalkan harga minyak masak paket 1 kg bagi memastikan golongan sasar yang memerlukan terus menikmati subsidi kerajaan," katanya dalam sidang media di sini.
Mesyuarat Kabinet pada 21 Sept lepas bersetuju supaya Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) mengambil alih pengurusan COSS daripada Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi bermula 1 Nov.
Minyak masak dalam botol termasuk 1kg dianggarkan berharga di antara RM3.70 hingga RM3.90 mengikut harga pasaran.
Hamzah berkata kerajaan memperuntuk RM600 juta untuk subsidi minyak masak dalam Bajet 2016 manakala peruntukan subsidi itu untuk tahun depan belum dimuktamadkan.
"Penstrukturan semula minyak masak ini diharap dapat mengurangkan bahan asas itu diseludup keluar ke negara jiran," katanya.
Dalam pada itu, Hamzah memberitahu bahawa KPDNKK merampas minyak masak bernilai kira-kira RM5,000 dalam tiga serbuan di Kuala Lumpur, Selangor dan Penang.
Menteri Kewangan Kedua Datuk Johari Abdul Ghani sebelum ini berkata kerajaan terpaksa membayar subsidi bagi 85,000 tan matrik minyak masak sebulan tetapi kajian mendapati rakyat Malaysia secara purata hanya menggunakan kira-kira 40,000 tan minyak masak sebulan. -- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 26 2016
Tanpa penstrukturan semula minyak masak, kerajaan terpaksa membelanjakan hampir RM100 juta sebulan untuk menanggung subsidi minyak masak untuk bulan Nov dan Disember. - CHINA OUT / GETTY OUT / AFP PHOTO
Penunjuk perasaan bersorak usul pecat Yoon Suk Yeol diluluskan.
Ratusan penunjuk perasaan yang menentang pemerintahan Suk Yeol menyorak kegembiraan susulan keputusan tersebut diluluskan Parlimen pada Sabtu.
Perdana Menteri Korea Selatan, Han Duck Soo dilantik sebagai pemangku presiden.
Manakala Suk Yeol kekal memegang jawatan sebagai presiden tetapi segala tugas dan kuasa rasminya digantung.
Usul pemecatan Yoon Suk Yeol lulus buat kali kedua
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Undang-undang tentera: Parlimen Korea Selatan lulus usul untuk dakwa Yoon
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Penipuan dalam talian
Kes penipuan dalam talian meningkat sebanyak 23 peratus, tahun ini. Kerugian membabitkan nilai RM687 juta.
Cuaca tidak menentu akibat MTL, penduduk dinasihat patuh arahan berpindah
Aiman Athirah Sabu berkata penduduk perlu segera berpindah sekiranya diarahkan, bagi memastikan keselamatan diri dan keluarga terjamin.
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta
Seorang warga emas kerugian hampir RM1.6 juta apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Final Jelajah Dunia BWF: Sze Fei-Izzuddin layak ke perlawanan akhir buat kali pertama
Pasangan beregu profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, membawa cabaran Malaysia ke pentas akhir Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Final.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
Kontroversi Jalur Gemilang yang dipasang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
3 maut, 39 cedera bom dilempar berhampiran pentas konsert di utara Thailand
Pihak berkuasa Thailand masih menyiasat kes itu dan belum mengesahkan jumlah sebenar mangsa.
Tahanan imigresen lolos: Hamzah arah siasatan terperinci kenal pasti punca
Semua agensi penguatkuasaan di bawah KDN telah dikerahkan dalam operasi bersepadu bagi menahan semula kesemua tahanan.
Hasil siasatan punca kematian Adib akan diketahui tidak lama lagi - Hamzah Zainudin
Hasil siasatan terhadap penyebab kematian anggota Bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim akan dimaklumkan tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita tempatan yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
MPT Bersatu setuju keluar PH 23 Februari lalu, bentuk gabungan baharu
Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu membuat keputusan untuk keluar daripada Pakatan Harapan (PH) dan membentuk sebuah gabungan politik baharu dengan parti-parti lain di luar gabungan itu.
Harga runcit petrol, diesel kekal diumum setiap minggu - Hamzah
Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata pengumuman bahan bakar itu tetap dilaksanakan secara mingguan walaupun ada permintaan supaya ia dibuat secara bulanan.
KPDNKK ambil tindakan jika ada pihak sorok, catut ikan kembung
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) akan mengambil tindakan jika ada pihak yang menyorok ikan kembung.
Kerajaan cadang wujud lebih banyak koperasi dalam sektor peruncitan, pemborongan
Kerajaan bercadang menubuhkan lebih banyak koperasi dalam sektor peruncitan dan pemborongan dalam usaha mewujudkan lebih banyak kedai harga patut.
'Apakah mekanisme yang awak mahu?', soal menteri kepada wartawan
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) masih belum menetapkan sebarang mekanisme kawalan harga minyak masak.
Harga minyak masak paket 1kg kekal RM2.50, botol ikut harga pasaran
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata ini berikutan penstrukturan semula Skim Penstabilan Harga Minyak Masak.