Harga minyak sawit di pasaran dijangka mengukuh semula susulan India kembali membeli minyak sawit dari Malaysia, kata Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali.
Beliau berkata perubahan pendirian kerajaan India untuk tidak melanjutkan sekatan import terhadap minyak sawit ditapis serta kesediaan kerajaan Malaysia memastikan jurang dagangan kembali rapat telah membantu peningkatan import oleh negara berkenaan.
Faktor lain yang menyumbang kepada peningkatan import adalah harga pasaran minyak sawit mentah yang kini berada di bawah paras pencukaian duti eksport Malaysia, katanya.
"Perkembangan hubungan diplomatik kini bertambah baik dengan kontrak belian minyak sawit bagi Jun dan Julai 2020.
"Kerajaan menjangkakan situasi ini memberikan impak positif ke atas industri sawit dan ekonomi negara," katanya dalam kenyataan pada Khamis.
BACA: India kembali beli minyak sawit dari Malaysia
Mohd Khairuddin berkata berdasarkan data Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), eksport minyak sawit Malaysia ke India pada Januari hingga April 2020 menunjukkan penurunan drastik hampir 94 peratus kepada 96,145 tan berbanding tempoh yang sama 2019 dengan jumlah eksport pada 1.6 juta tan.
Namun, minyak sawit yang didagangkan di Bursa Malaysia mencatatkan peningkatan ketara sebanyak 47 peratus kepada 66,427 lot semalam berbanding purata 45,200 lot setiap hari sepanjang minggu lepas, katanya.
"Semoga dengan perkembangan terbaharu ini, India akan terus mengimport minyak sawit Malaysia bagi memenuhi keperluan minyak sayuran dan lelemak negaranya," kata beliau.
BACA: COVID-19 dan sekatan pergerakan: India dijangka kembali import minyak sawit Malaysia
Beliau berkata Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi bersama MPOB dan Majlis Minyak Sawit Malaysia giat berusaha sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan dengan mengadakan beberapa siri rundingan secara maya untuk menarik pengimport dari India agar membeli minyak sawit Malaysia.
India merupakan antara rakan dagang terpenting Malaysia dalam sektor agrikomoditi.
Negara itu juga ialah pengimport terbesar minyak sawit dan produk berasaskan sawit pada 2019 dengan jumlah sebanyak 4.5 juta tan minyak sawit dan produk berasaskan sawit bernilai RM9.8 bilion.
Jumlah eksport ini meningkat kira-kira 67 peratus berbanding pada 2018 dengan jumlah eksport sebanyak 2.7 juta tan.
BACA: Import minyak sawit Malaysia di India susut
Mohd Khairuddin menegaskan kerajaan Malaysia komited untuk menjaga hubungan baik dengan kerajaan India bagi meningkatkan lagi hubungan diplomatik dan perdagangan kedua-dua negara.
Hubungan ini perlu supaya kepentingan kedua-dua pihak dapat dipelihara dan rakyat dapat menikmati hasilnya, katanya.
Industri sawit negara memberikan pendapatan kepada hampir 500,000 pekebun kecil sawit termasuk kira-kira 258,000 pekebun kecil persendirian.
- BERNAMA
Bernama
Thu May 21 2020
India merupakan antara rakan dagang terpenting Malaysia dalam sektor agrikomoditi. Gambar fail
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 28 Mac 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Hampir 10,000 sertai Majlis Iftar MADANI bersama PM sempena Nuzul al-Quran
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini meluangkan masa berbuka puasa bersama hampir 10,000 orang bersempena cuti Nuzul al-Quran di Dataran Putra di sini.
Lebih 70,000 peserta FELCRA sudah terima dividen bernilai RM74 juta
FELCRA Berhad sudah mengagihkan bayaran dividen kepada lebih 70,000 peserta di seluruh negara bernilai RM74 juta bagi musim ketiga tahun lalu.
Dua mayat ditemukan selepas jambatan di Baltimore runtuh
Jasad dua daripada enam pekerja pembinaan yang hilang daripada jambatan yang runtuh di Baltimore, Amerika Syarikat ditemukan, kata pihak berkuasa pada Rabu.
KPDN Sabah terima 67 serahan kes dengan nilai rampasan lebih RM2 juta
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Sabah menerima 67 serahan kes daripada agensi penguat kuasa lain dengan nilai rampasan RM2.01 juta sejak Januari lalu hingga hari ini.
Lapan pendatang tanpa izin dihukum penjara enam bulan di Kelantan
Lapan individu dihukum penjara enam bulan selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Khas bagi Pendatang Asing Tanpa Izin di Tanah Merah semalam.
Lebih banyak kolaborasi bidang TVET antara Malaysia dan China - Ahmad Zahid
Malaysia dan China akan mengadakan lebih banyak kolaborasi dalam Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) bagi memperkasa bidang itu.
KPDN Kelantan sita 34,871 liter minyak diesel di Kuala Krai
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan menyita kira-kira 34,871 liter minyak diesel bernilai lebih RM74,900 di sebuah premis perniagaan di Kuala Krai, semalam.
Baki stok simpanan air di empat empangan pada paras kritikal - NADMA
Empat empangan air di Johor, Pulau Pinang dan Kedah menunjukkan penurunan paras simpanan sumber air mentah pada paras kritikal setakat semalam susulan cuaca panas.
Harga minyak sawit dijangka kembali kukuh susulan import semula oleh India
Harga minyak sawit di pasaran dijangka mengukuh semula susulan pengimport India kembali membeli minyak sawit dari Malaysia, kata Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi.