BANGI: Harga minyak sawit akan menjadi tidak kompetitif berbanding dengan negara-negara pengeluar lain jika levi keuntungan luar biasa (WPL) terhadap minyak sawit di negara ini tidak disemak semula.
Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata pihaknya akan meneliti dan menyemak semula WPL ini seterusnya keputusan akan dihantar kepada Kementerian Kewangan (MOF).
"MOF akan mengkajinya...bagaimana kita boleh melihat semula benda ni dan secara tidak langsung (keputusan semak semula) juga boleh menggalakkan penanaman semula apabila produk ini menjadi kompetitif, justeru lebih ramai akan datang dan melabur pada tanah yang kita ada," katanya kepada media selepas Majlis Pelancaran Program Pemindahan Teknologi Sawit (TOT) Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) di sini hari ini.
Semalam pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat, Johari berkata Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) dengan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) bagi semakan semula WPL ke atas minyak sawit di negara ini dalam pembentangan Belanjawan 2025, seiring dengan harga semasa komoditi itu.
"Dulu (sebelum ini) kos mengeluarkan satu tan metrik minyak sawit lebih kurang RM1,800 tetapi sekarang boleh mencecah RM2,800 hingga RM3,200, bergantung pada saiznya.
Kos yang kita gunakan pada RM1,800 mungkin sesuai guna WPL, tapi sekarang tidak lagi apabila dagangan pasaran kira-kira RM3,800 hingga RM3,900 dengan kos melebih RM3,000," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 04 2024
Johari berkata pihaknya akan meneliti dan menyemak semula WPL ini seterusnya keputusan akan dihantar kepada Kementerian Kewangan (MOF). - Gambar fail
Abdul Hadi bertemu BJI, bincang perkukuh gerakan Islam antarabangsa
Pertemuan antara Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang dan delegasi Bangladesh Jamaat Islami (BJI) berpotensi memperkukuh jaringan gerakan Islam di peringkat antarabangsa.
PDRM siap siaga kawalan keselamatan sempena WTD, WTC - KPN
PDRM sentiasa bersiap siaga dalam aspek keselamatan terutama membabitkan acara berskala besar peringkat antarabangsa seperti World Tourism Day (WTD) dan World Tourism Conference (WTC).
Mayat kanak-kanak lemas ditemukan di pesisir pantai Bachok
Pencarian kanak-kanak lelaki yang hilang selepas terjatuh di Pantai Kandis, Bachok berakhir apabila mayatnya ditemukan 11.15 pagi ini, kira-kira enam kilometer dari tempat kejadian.
Fokus Minggu Depan: Apa seterusnya untuk Syria?
Prof Dr Kamaruzaman Yusoff, Profesor Adjung Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya
Lubang benam di Jalan Lojing-Gua Musang kerana faktor cuaca - Alexander
Kejadian lubang benam di laluan FT185 Seksyen 78.60 Jalan Lojing-Gua Musang berhampiran Kampung Jekjok, Pos Brooke, ekoran cuaca buruk.
Taufan terburuk dalam 100 tahun landa Mayotte, Perancis
Taufan kuat, 'Chido', melanda Mayotte pada awal Sabtu dan menimbulkan kebimbangan mengenai skala kemusnahan daripada ribut terburuk yang melanda wilayah luar dari Perancis dalam tempoh hampir satu abad, kata pihak berkuasa.
Angka korban meningkat kepada 44,930
Angka korban rakyat Palestin akibat serangan tidak berperikemanusiaan Israel di Semenanjung Gaza meningkat kepada 44,930 orang dengan 106,624 yang lain dilaporkan cedera.
Tindakan SAPP taktik tuntut lebih banyak kerusi - Ronald
Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Sabah, Datuk Seri Ronald Kiandee berharap Parti Maju Sabah (SAPP) yang mengumumkan keluar komponen itu, tidak lagi bergantung kelangsungannya dengan menjadi ADUN dilantik.
Mengingatkan pelantikan Presidennya Datuk Seri Yong Teck Lee ke jawatan itu atas ihsan PN pada 2020, Kiandee berharap agar Yong Teck berfikir semula sebelum menyatakan PN tidak wajar bertanding dalam PRN Sabah nanti.
Mengingatkan pelantikan Presidennya Datuk Seri Yong Teck Lee ke jawatan itu atas ihsan PN pada 2020, Kiandee berharap agar Yong Teck berfikir semula sebelum menyatakan PN tidak wajar bertanding dalam PRN Sabah nanti.
Pindaan Perlembagaan lebih inklusif, adil kepada semua pihak
Pindaan Perlembagaan PKR yang memberi peluang keterlibatan sama rata dalam proses pemilihan parti dilihat lebih inklusif dan adil kepada semua pihak.
Pindaan perlembagaan parti iltizam luaskan peranan wanita
Ketua Wanita Pusat PKR, Fadhlina Sidek menyambut baik pindaan perlembagaan PKR melibatkan fasa 17.2, 17.2A dan 17.2B yang dilluluskan dalam Kongres Khas parti itu pada Ahad.
Harga minyak sawit tidak kompetitif jika WPL tidak disemak semula - Johari Ghani
Harga minyak sawit akan menjadi tidak kompetitif berbanding dengan negara-negara pengeluar lain jika levi keuntungan luar biasa (WPL) terhadap minyak sawit di negara ini tidak disemak semula.
Harga minyak sawit mentah dijangka tidak turun bawah paras RM4,500 satu tan
Kerajaan menjangka harga minyak sawit mentah (MSM) tidak akan turun di bawah paras RM4,500 satu tan, kata Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Zuraida Kamaruddin.
Harga minyak sawit dijangka kekal tinggi, berlegar RM5,500 satu tan metrik tahun ini
Gangguan bekalan minyak sayuran utama timbul susulan keadaan cuaca kurang baik, ketegangan geopolitik dan masalah bekalan baja.
Harga minyak sawit mentah lepasi RM8,000 satu tan
Harga pembukaan MSM Mac 2022 ialah RM7,365 satu tan, manakala harga bida dan tanya masing-masing RM8,068 dan RM8,100.
Subsidi minyak masak kurangkan impak negatif turun naik harga minyak sawit - Khairuddin
Peningkatan harga minyak masak dalam pasaran tempatan masih pada kadar rendah walaupun harga minyak sawit mentah (MSM) meningkat.
Wisma Putra berperanan besar merealisasikan perancangan kerajaan
Pandangan bahawa Wisma Putra sebelum ini sering kali dianggap kementerian sampingan dan hanya menjaga hubungan Malaysia dengan negara luar adalah tidak tepat.
Harga minyak sawit dijangka bertambah baik - Teresa Kok
Menteri Industri Utama Teresa Kok Suh Sim yakin harga minyak sawit akan bertambah baik dalam tempoh beberapa bulan akan datang.
Minyak sawit: Malaysia, Indonesia, Colombia akan bincang bantahan terhadap Perancis
Jelas Teresa, harga minyak sawit kini semakin meningkat kepada RM2,000 per metrik tan.
Penganalisis, wakil industri optimis harga jangka terdekat minyak sawit mentah
Penganalisis dan wakil industri minyak sawit optimis harga minyak sawit mentah (MSM) boleh mencecah AS$800 (AS$1=RM4.46) setan metrik pada separuh pertama tahun depan.