awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Harga MSAP yang baharu lebih rendah daripada MSAP yang lama

Ridauddin Daud
Ridauddin Daud
02/03/2023
03:00 MYT
Harga MSAP yang baharu lebih rendah daripada MSAP yang lama
Fahmi berkata, dari segi mutu perkhidmatan, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) menggunakan instrumen lain untuk membuat kawal selia. - Foto fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Harga Standard Mandatori mengenai Harga Capaian (MSAP) yang baharu adalah lebih rendah berbanding MSAP sebelum ini.
Mengambil contoh harga perkhidmatan borong jalur lebar berkelajuan tinggi 100 Mbps, Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata, harga baharu untuk 2023 ialah RM254.64 sebulan.
Menurutnya, harga itu lebih rendah berbanding RM515 sebulan dalam MASP sebelum ini.
“Oleh yang demikian, ia dapat mengurangkan kos kepada penerima perkhidmatan capaian yang terlibat dalam menyediakan perkhidmatan jalur lebar tetap kepada pengguna.
“Secara tidak langsung, perkhidmatan yang diberi kepada pengguna di peringkat runcit boleh ditawarkan pada harga yang lebih rendah dan berdaya saing atau pada kelajuan yang lebih tinggi,” katanya.
Beliau berkata demikian di Dewan Rakyat pada Khamis bagi menjawab soalan Khoo Poay Tiong (PH - Kota Melaka) yang mahukan penjelasan berhubung MASP yang dilaksanakan bermula 1 Mac 2023.
Tambah Fahmi, dari segi mutu perkhidmatan, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) menggunakan instrumen lain untuk membuat kawal selia.
Antaranya ialah melalui Mandatory Standard Quality of Service (MS QoS) dan pelaksanaan audit berkala terhadap syarikat penyedia perkhidmatan.
Topic Berkaitan
#Fahmi Fadzil
#SKMM
#MASP
#jalur lebar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan