SHAH ALAM: Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) memaklumkan agensi-agensi pelancongan dijangka menaikkan harga pakej umrah pada saat akhir sebelum bakal jemaah umrah berlepas ke tanah suci.
Naib Presiden Haji dan Umrah MATTA, Mohd Azri Abd Razak berkata, kenaikan itu berpunca daripada kenaikan mendadak kadar harga hotel di Kota Mekah dan Madinah pada masa ini.
Ujar beliau, susulan itu, harga pakej umrah yang sudah ditetapkan oleh segelintir agensi pelancongan terpaksa dinaikkan bagi menampung peningkatan harga hotel berkenaan.
“Kenaikan harga ini dipercayai berpunca daripada permintaan yang tinggi di hotel terutamanya di Kota Madinah.
"Ia berikutan peningkatan jumlah jemaah umrah di seluruh dunia apabila kerajaan di negara masing-masing membuka sempadan selepas situasi pandemik COVID-19 beransur pulih.
"Bukan harga hotel sahaja yang meningkat, malah harga pengangkutan dan tiket penerbangan juga semakin membebankan khususnya ketika musim kemuncak," katanya dalam kenyataan pada Ahad.
Sehubungan itu, ulas Mohd Azri, hal berkenaan dikhuatiri menimbulkan kemarahan jemaah umrah yang mendesak untuk menurunkan kadar pakej umrah bagi mengekalkan harga yang ditawarkan oleh agensi pelancongan masing-masing.
Menurutnya, ia menyebabkan pihak agensi pelancongan juga menghadapi kesukaran mendapatkan pengesahan tempahan walaupun sudah menjelaskan bayaran penuh kepada pihak hotel.
"Kenaikan harga mendadak oleh pihak hotel juga membuatkan agensi pelancongan tersepit dan tiada pilihan selain menaikkan harga pakej terhadap jemaah umrah.
"Dengan keadaan dan kecelaruan yang berlaku sekarang, pihak MATTA meminta agar semua jemaah umrah untuk bersabar dan memahami situasi ketidaktentuan yang berlaku di Madinah dan Makkah," katanya.
Sementara itu, Mohd Azri berkata, MATTA juga mendapat aduan mengenai kesulitan membawa pulang air zam zam oleh jemaah umrah, terutamanya di lapangan terbang Jeddah.
Jelasnya, MATTA sudah mengutarakan isu itu kepada Saudi Tourism Authority (STA) untuk mendapatkan penjelasan lanjut mengenai kebenaran membawa pulang air zam zam menggunakan visa pelancong.
"MATTA juga berharap dapat mengadakan pertemuan bersama pihak Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) untuk berbincang dan menangani isu yang serius ini.
"Kita tidak mahu jemaah menyalahkan agensi pelancongan sepenuhnya terhadap keadaan yang berlaku di Madinah dan Makkah dari sudut aspek kenaikan harga hotel, pengangkutan dan tiket penerbangan," katanya. -- Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Jan 08 2023
Kenaikan harga ini dipercayai berpunca daripada permintaan yang tinggi di hotel terutamanya di Kota Madinah. - Fail
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
PM Thailand adakan lawatan rasmi ke Malaysia esok
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia, esok atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PM Anwar hadiri Kongres Khas PKR
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Kongres Khas PKR yang diadakan bertujuan untuk meminda perlembagaan parti.
AWANI Ringkas: Tengku Zafrul sertai PKR?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Selebriti lelaki miliki dadah direman 5 hari
Selebriti program realiti komedi yang ditahan di Cyberjaya kerana disyaki memiliki ganja pada Sabtu direman lima hari bermula Ahad.
Trump lantik bekas ketua perisikan jadi utusan presiden
Presiden terpilih Amerika Syarikat, Donald Trump melantik bekas ketua perisikan beliau, Richard Grenell, sebagai utusan presiden untuk misi khas pada Sabtu.
Malaysia Airlines, MFL lanjut kerjasama tiga tahun lagi
Malaysia Airlines melanjutkan kerjasama strategik dengan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) bagi tempoh tiga tahun lagi hingga 2027.
Pameran MATTA 2024 sasar kehadiran lebih 200,000 pengunjung
Pameran Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) 2024 pada 6 hingga 8 Sept ini disasar menjana perolehan jualan sekitar RM250 juta.
MATTA sedia kerjasama dengan MOTAC, tingkat tahap keselamatan pelancongan
Ia melibatkan usaha bersama dalam mencari jalan penyelesaian untuk permasalahan yang mempengaruhi pelbagai aspek dalam industri pelancongan.
Subsidi diesel: MATTA cadang kuota 3,000 liter sebulan setiap bas, van pelancongan
MATTA mencadangkan peruntukan 3,000 liter kuota sebulan bagi setiap unit subsidi diesel kenderaan kepada pemain industri pelancongan.
Pameran MATTA: Tourism Selangor optimis capai sasaran 70,000 pengunjung
Sasaran itu mengambil kira pelbagai tawaran pakej pelancongan menarik dan menjimatkan yang disediakan oleh pemain industri.
Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen adakan prosiding pertama kes kekecohan di KLIA
Kenyataan itu menyebut prosiding berikutnya dijadualkan pada Rabu ini dan akan dibahagi kepada dua sesi.
Keluarkan bayaran balik penerbangan daripada TTPM - MATTA
Segala rungutan penerbangan perlu dirujuk kepada Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) dan bukannya TTPM.
Harga pakej umrah dijangka naik
MATTA memaklumkan agensipelancongan dijangka menaikkan harga pakej umrah pada saat akhir sebelum bakal jemaah umrah berlepas ke tanah suci.
MATTA belum terima tarikh kemasukan pelancong China
Pelancong dari China dijangka akan segera melancong ke luar negara termasuk Malaysia sebaik pintu sempadan negara mereka dibuka.
Ketibaan pelancong dijangka cecah 5 juta menjelang hujung tahun - MATTA
Jumlah ketibaan pelancong asing ke Malaysia dijangka mencecah lima juta menjelang akhir tahun ini, menurut persatuan pengembaraan dan pelancongan terbesar negara.