Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna sedang mengkaji pelaksanaan penyeragaman harga petrol dan diesel tahun ini selain membuka lebih banyak stesen petrol di Sarawak untuk memberi perkhidmatan kepada penduduk luar bandar.
Timbalan Menterinya Chong Chieng Jen berkata kementerian itu akan bekerjasama rapat dengan syarikat minyak, termasuk Petronas, bagi memastikan harga seragam selain membuka stesen petrol mini atau sistem takungan mudah alih di kawasan luar bandar.
"Sarawak sangat luas dan penduduk tinggal berselerak, dan oleh itu, penduduk luar bandar mengalami kesulitan untuk mendapatkan bekalan bahan api yang dijual pada harga berbeza daripada yang dijual di bandar," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Stesen Petronas Sungai Maong di sini pada Sabtu.
Beliau berkata harga berbeza itu berlaku di kawasan luar bandar seperti Kapit dan Song.
Mengenai kedudukan sama-sama menang dalam cadangan kerjasama dengan Petronas dalam urusan terbabit, beliau berkata Petronas bersetuju mengkaji untuk membekalkan bahan api, dan yang penting memastikan penduduk luar bandar dapat menikmati harga yang sama di kawasan lain.
Berikutan perhubungan yang semakin berkembang di Sarawak, termasuk pembangunan Lebuhraya Pan Borneo, pembukaan stesen minyak runcit baharu juga akan membantu memenuhi permintaan bahan bakar dan menyokong infrastruktur dan pembangunan ekonomi negara, katanya.
Chong berkata ini merupakan antara ciri utama kerajaan hari ini untuk bekerjasama dengan sektor perniagaan,sambil mengucapkan tahniah kepada Petronas atas dasarnya yang inovatif dan kreatif dalam merealisasikan pengalaman pelanggan yang lancar secara profesional melalui pelaburan besar dalam penyelidikan dan pembangunan.
Terdahulu, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas Dagangan Berhad (PDB), Datuk Seri Syed Zainal Abidin berkata stesen Sungai Maong merupakan stesen minyak Petronas pertama di Sarawak yang mempunyai kemudahan pandu lalu restoran KFC, dan ke-91 di seluruh negara setakat ini.
PDB mempunyai rangkaian 1,054 stesen di seluruh negara, katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 02 2019
Penduduk luar bandar di Sarawak alami kesulitan untuk mendapatkan bekalan bahan api yang dijual pada harga berbeza, kata Chieng Jen. - Gambar hiasan
Jumlah mangsa banjir berlindung di PPS di Perak, Johor dan Pahang kekal
Jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Perak, Johor dan Pahang masih kekal setakat pagi ini.
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
UMNO tidak terima permohonan Tengku Zafrul keluar parti - Ahmad Zahid
Presiden UMNO sahkan parti itu tidak menerima permohonan Tengku Zafrul untuk meninggalkan parti.
Bola api penuhi ruang udara di Damsyik
Satu rakaman video memaparkan sejumlah bola api memenuhi ruang udara bandar Damascus diikuti bunyi letupan kuat turut kedengaran pada Jumaat.
Presiden Korea Selatan berdepan undi pemecatan kedua
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol, kini menghadapi undi pemecatan kedua pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang darurat selama beberapa jam mencetuskan krisis politik.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Kongres Khas PKR fokus reformasi pemilihan parti
Kongres Khas Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dijadualkan pada Ahad akan meminda perlembagaan parti.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Suri rumah rugi lebih RM750,000 ditipu pelaburan bitcoin
Seorang suri rumah berputih mata apabila kerugian lebih RM750,000 selepas terperdaya skim pelaburan bitcoin dalam talian.
“Sifat materialistik mengundang malapetaka dalam masyarakat” - Dr Maza
Nilai kemanusiaan tidak lagi mendominasi kehidupan kerana segala-galanya diukur berdasarkan keuntungan semata-mata.
Pembunuhan kejam, buli siber detik suram 2024
Tahun 2024 mencatatkan pelbagai peristiwa tragis menggemparkan negara termasuk jenayah kejam yang meragut nyawa empat individu.
Jumlah mangsa banjir terus catat penurunan
Jumlah mangsa banjir terus mencatat penurunan kepada 305 mangsa daripada 93 keluarga setakat jam 9 pagi Sabtu.
DAP Sarawak bertanding pilihan raya negeri akan datang - Chong
DAP Sarawak mengesahkan akan bertanding dalam pilihan raya negeri akan datang, kata Pengerusinya Chong Chieng Jen.
Keperluan mendesak laksana reformasi perkukuh keselamatan pekerja
Terdapat keperluan mendesak untuk melaksanakan reformasi keselamatan secara menyeluruh di semua industri.
DAP Sarawak beri jaminan main peranan 'backbenchers' Kerajaan Perpaduan
Kesemua Ahli Parlimen DAP Sarawak memberi jaminan akan memainkan peranan sebagai ahli 'backbenchers' (penyokong) Kerajaan Perpaduan yang ditunjangi Pakatan Harapan (PH) di Dewan Rakyat.
PRU15: PH perlu 12 kerusi Sabah, Sarawak untuk bentuk kerajaan
Chong Chieng Jen berkata, keputusan itu adalah hasil tinjauan yang dilakukan pelbagai institusi penyelidikan jam 6 pagi kelmarin.
PRU15: Pertembungan tiga penjuru di kerusi Parlimen Stampin
Perebutan kerusi Parlimen Stampin menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara Gabungan Parti Sarawak (GPS), DAP dan Parti Bumi Kenyalang (PBK).
PRU15: DAP Sarawak muktamadkan senarai lapan calon
DAP Sarawak akhirnya melengkapkan senarai lapan calonnya yang akan bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
PRU15: DAP Sarawak akan guna logo roketnya
DAP Sarawak akan terus menggunakan logo roketnya pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) walaupun parti Pakatan Harapan yang lain menggunakan logo perikatan itu.
PRU15: DAP Sarawak umum calon di lapan kerusi hujung minggu ini
Lapan kerusi itu adalah Bandar Kuching, Stampin, Mas Gading, Serian, Sarikei, Sibu, Lanang and Bintulu.
DAP Sarawak bantah jika PRU15 diadakan ketika bencana banjir
DAP Sarawak membantah dan tidak akan menyokong sebarang cadangan bagi mengadakan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ketika negara berdepan bencana banjir.
PRU15: DAP Sarawak tunggu masa sesuai dedah kerjasama blok pembangkang
Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen enggan mengulas mengenai status rundingan kerjasama antara parti-parti pembangkang di negeri itu termasuk pembahagian kerusi menjelang PRU15.