awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis kenal pasti semua 40 mangsa kebakaran bar di pusat peranginan ski Switzerland
AS tidak akan mentadbir Venezuela, tetapi akan beri tekanan perubahan melalui sekatan minyak
Mayat jurulatih bola sepak Sepanyol ditemukan selepas tragedi kapal di Indonesia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Harga RON95, RON97 naik 1 sen

Astro Awani
Astro Awani
16/10/2020
09:05 MYT
Harga RON95, RON97 naik 1 sen
Penetapan berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR:Harga runcit petrol RON95 dan RON97 masing-masing naik 1 sen manakala diesel pula naik 5 sen berkuat kuasa 17 Oktober sehingga 23 Oktober 2020.
Kementerian Kewangan menerusi satu kenyataan pada Jumaat memaklumkan, harga runcit RON95 yang sebelum ini RM1.67 seliter dinaikkan kepada RM1.68 seliter sepanjang tempoh berkenaan.
Manakala harga runcit bagi RON97 juga dinaikkan kepada RM1.98 seliter berbanding RM1.97 seliter sebelum ini.
Sementara itu, bagi harga runcit diesel juga dinaikkan daripada RM1.69 seliter kepada RM1.74 seliter.
Kementerian Kewangan berkata, penetapan berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).
“Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” menurut kenyataan itu lagi.
Topic Berkaitan
#RON95
#RON97
#diesel
#minyak
#harga minyak
#Kementerian Kewangan
#naik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan